Jika kita fikirkan, dah lama kita tidak medengar sebarang berita tentang Diva AA. Rupanya, baru-baru ini tular di media sosial bahawa beliau sedang menanggung kesakitan akibat disihir oleh seseorang.
Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA memaklumkan dirinya telah disihir di bahagian kaki sehingga timbul kesan tompokan di kaki kanannya.
Memetik portal BOOM, Azwan Ali berkata hampir tiga bulan dia menanggung kesakitan serta mendakwa dia mengenali individu yang menyihirnya dipercayai seorang artis wanita veteran. Siapakan gelangan pelaku tersebut?
“Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya. Tiga bulan saya sakit dan awalnya saya tak perasan pun telah disihir. Ingatkan sakit kaki biasa je. Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya,
” katanya.Bagaimanapun, Azwan enggan mendedahkan identiti artis tersebut, dia juga memberitahu keadaannya kini semakin beransur pulih. Azwan turut bercerita, pada setiap pukul 3 pagi tapak kakinya terasa seperti dihunus senjata tajam.
“Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih,” katanya.
Dalam pada itu, Azwan berkata wajah artis veteran itu juga kerap muncul setiap kali dia mengerjakan solat. Jelasnya lagi, artis berkenaan bukanlah seseorang yang berkawan rapat dengannya.
Apapun, kita mendoakan agar Azwan Ali kembali sihat seperti sediakala dan ceria seperti dahulu hendaknya.
sumber : Roti Kaya