Bila sebut pasal ayam percik, terus teringat bulan puasa. Betul tak? Mana taknya, bila menjelang bulan Ramadan je, penuh di bazar dengan menu ni. Nak versi macam mana? Tunjuk je semua ada!
Tak payah nak tunggu bulan puasa tahun depan, sekarang pun boleh dapat ayam percik! Mudah je caranya, pergi masuk dapur, sediakan bahan yang disenaraikan di bawah ni dan mula masak. Bukan takat lepas craving nak makan, malah tak payah nak masak lauk lain ni pun dah cukup! Haa tunggu apa lagi, jom cuba!
Resipi Ayam Percik Simple
Bahan-bahannya :-
Seekor Ayam (potong 4 bahagian)
5 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
2 inci Halia
3 batang Serai
Sedikit Cili kisar
1sudu Serbuk kunyit
1 ketul Gula kerek
Sedikit Garam
Santan kotak
Madu
Ads
Nak tambah gajet dapur yang super berbaloi? Meh tengok di SINI !
Cara-caranya :-
1. Blender bawang besar, bawang putih, halia dan serai.. Tumis bahan blend tadi..
Ads
2. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam, masak seketika..
3. Ambil ayam masukkan dalam kuah tadi. Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam.
4. Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut. Terpulanglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka. Bakaq sehingga garing.
Ads
5. Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu.. Masak sehingga pekat.. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. Taraaa dah siap.. 😋😋
Selain nasi impit, rendang atau ketupat, mee kari adalah antara menu wajib ada pada hari raya pertama.
Memang menjadi menu kesukaan keluarga, tambahan pula pelbagai lauk dalam kuah kari. Rasa enak kuah dengan dilengkapi sayur dan telur rebus pasti licin sepinggan.
Usah berduka jika tidak dapat pulang ke kampung, raya tetap raya. Jom buat menu ni untuk meraikan hari raya!
BAHAN-BAHAN
4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap. sayapun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu..
Kemudian masukkan batang sawi yang dah di potong. Batang sahaja ok. daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni… Masukkan ayam , fishball ,fishcake.
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k….
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit… last sekali masukan tauhu kering. Tunggu sampai mendidih.
Siap! Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.
Selamat mencuba!
Kredit: are peace dan Anisza mohd Shukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan semestinya hasilnya cukup sedap. Memang kebabom.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Kredit Resepi Anak Mama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bercakap tentang aiskrim Malaysia, memang ada macam-macam perasa. Setiap satunya ada rasa yang tersendiri. Contohnya dengan perkongsian resipi aiskrim Malaysia bercitarasa Bluemint Dynamite oleh Che Marlyah.
Aiskrim Malaysia. Aiskrim Bluemint Dynamite.
First time buat dan nak merasanya.. orang lain dah berzaman buat..Suami cakap aiskrim alien ke..Bila dia dah rasa, dia cakap sedap..
Selit jelah resepi.. kot ada yang baru, nak belajar buatkan..
Cara saya..
Resepi susu:
1tin susu cair.*
1tin susu pekat manis.*
4tin air.*
1/2sd kecil garam.*
5sd besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Di bancuh dengan air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
🔹Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
🔹Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
🔹Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
🔹Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
🔹Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
🔹Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
🔹Masukkan 2biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
🔹Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Sumber : Che Marlyah Ina Saad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.