Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’
untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Sumber foto: @blackpepperproduction