Patutlah Cantik Walau Sudah Usia 50an, Rupanya Ini Amalan Sofia Jane Sejak 7 Tahun Lalu
Siapa yang tidak mengenali Datin Sofia Jane ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London, United Kingdom. Beliau yang merupakan peranakan Inggeris dan Melayu ini mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora
Antara filem lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan… (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.
Terbaru menerusi muat naik hantaran di twitter, Sofea yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 27 tahun berkongsi gambar bersama suaminya.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
USIA 50 TETAP CANTIK
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai kagum melihat wajah kacukan milik ibu kepada empat cahaya mata itu tetap cantik dan anggun walaupun yang sudah mencecah usia 50 tahun.
Memetik Kosmo, bagaimanapun Sofia berkata dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan netizen.
Bagaimanapun meluahkan rasa syukur di atas kurniaan diberikan Allah serta mengakui dia memetingkan penjagaan kesihatan, bagaimanapun Sofia berkata dia tidak suka apabila ditanya mengenai rahsia penjagaan kecantikan yang diamalkan.
“Saya sebenarnya tidak suka menjawab soalan begini walaupun menerima banyak pertanyaan tentangnya dalam Twitter.
“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?”
Dalam pada itu, selepas dipujuk akhirnya Sofia mendedahkan dia mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.”
Seakan menolak pujian mengatakan dirinya masih kelihatan muda, Sofia berkata hakikatnya dia sudah berusia 50 tahun dan wajahnya sudah mempunyai garis-garis kedutan halus.
“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.”
“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita.”
Untuk rekod, Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman pada September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya. Pada Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya kepada media.
Sumber: Kosmo
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club