Rumah tangga yang bahagia bukan datangnya dari kemewahan atau wang ringgit. Tetapi bagaimana suami dan isteri bersatu dan saling melengkapi di sebalik kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Ungkapan bahagia itu sederhana mungkin sesuai untuk menggambarkan dua personaliti yang juga memegang gelaran isteri dan ibu. Hidup sederhana namun ikhlas dan hasil sokongan dari insan tersayang kini nama mereka cukup gah.
Manakala Pavithra, seorang ibu dan isteri yang hanya tinggal di sebuah estet tiba-tiba ‘meletup’ usai video masakannya mendapat sambutan sehinggakan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Ini serba sedikit kisah dan perjalanan hidup dua wanita yang berjaya dan menjadi inspirasi kepada kaum wanita dan ibu di luar sana. Hasil sokongan suami yang sentiasa di sisi dari awal sehingga kini adalah contoh kenapa dua wanita ini mampu bangkit dan berjaya seeprti sekarang. Moga kisah pasangan suami isteri ini menjadi contoh buat kita semua.
Anak kelahiran utara ini ‘meletop’ dan viral apabila video tutorial solekannya mendapat sambutan luar dugaan. Sejak itu, secara tidak sengaja Bella mula mengukir nama sebagai jurusolek tak bertauliah. Dek minat dan mengisi masa lapang sebagai suri rumah, dia mengasah bakat bersoleknya itu hanya dari rumah dengan menggunakan alat solek cap pasar malam sahaja.
Walaupun suami tahu yang Bella bukanlah profesional dalam andaman ini, namun kerana dia yakin isterinya itu tekad dan minat dalam bidang tersebut, suami tetap membantu dan sehingga kini terus menjadi sayap kanan Bella dengan mengembangkan perniagaan mereka pula. Kerana itulah, Bella sentiasa mendedikasikan kejayaannya hari ini buat suami yang tidak pernah berkata tidak setiap kali Bella memerlukan bahu berpaut.
Awalnya ibu muda yang cukup petah berbicara ini memasuki bidang bakery. Namun dia kemudiannya beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak.
2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live.
“Dalam kehidupan ni ada pelbagai risiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin belajar ingin explore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita.
“Tak mahu cakap semualah rasa sia2 dalam hidup ..tapi kita kena kuat demi masa depan ingat keluarga ingat anak2….rezeki kita siapa yang tahu hanya Allah swt yang tahu..apa yang penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita,” ujar Bella lagi menerusi perkongsiannya di Facebook.
Masih tidak percaya siapa dirinya sekarang ni, Bella tidak malu mengaku dulu hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untuk keluarga.
“Mengaji takat spm saja tu pon cikgu yang bayarkan yuran2 buat saya ..terima kasih pada semua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidak terbalas…..terus keja ..selekeh sangat2 tak pernah merasa berbaju raya /baju baru.
“Ingat lagi time2 tu kawan semua dah ade motosikal tapi saya hanya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya berapa susahnya mencari rezeki..ingat lagi masa tu mak saya bertanya pada saya “kak makan dakg ” time tu bella dapat duit dari hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hanya dpt 15 ringgit saya jawab “Alhamdulilah mak dah makan kenyang dah”
“Padahal saya tak makan ikat perut lagi sebab niat duit rm15 ringgit tu memang nak bagi mak beli barang dapur untuk makan esoknya. Allahuakbar sori sebak sat .juga tak pernah merungut tak malu dengan kehidupan kita ..jangan malu jangan fake…jadilah diri sendiri.
“Sekarang Alhmdulilah dapatlah membantu keluarga dan rakan2 serba sedikit rezeki saya dapat …terima kasih buat hampa smua yang sentiasa menyokong saay..insyallah saya akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen tak terbalas maafkan bella…
‘Terima kasih buat kawan2 zaman sekolah rendah menengah saya smpai kwn2 sekarang yang banyak membantu saya dari segi kewangan bantu saya terima banyak bella akan ingat smpai bila2 …terima ksih jugak pada suami tercinta Mak/abah keluarga yang sentiasa memberi semangat nasihat buat bella.
Hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad,wanita anggun ini yang sedang hamil anak ketiga mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usia muda, dia sudah memiliki keluarga yang lengkap.
Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella lagi.
Berbekalkan video masakan amatur, Pavithra bersama suaminya, Sugu berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Rata-rata terpikat dengan gayanya yang bersahaja dalam berkongsi ilmu masakan di samping kefasihannya berbahasa Melayu. Dan, sangat menakjubkan apabila video itu dirakam oleh suaminya yang bekerja sebagai pekerja estet sahaja.
Lebih istimewa lagi, Namanya turut meniti di bibir pemimpin nombor satu negara. Sehinggakan menghadiahkan tripod dan barangan elektrik kepada pasangan ini. Betapa luar biasanya penangan Sugu Pavitra sehinggakan mendapat tempat istimewa di hati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin.
Pavithra mengecapi populariti ini atas dorongan dan bantuan suaminya yang tidak hanya memberi semangat, malah berkongsi idea dan turut muncul sebagai watak penting dalam video isterinya itu.
Hasilnya kini, mereka sudah boleh menikmati bayaran ribuan ringgit daripada Youtube hasil langganan dan tontonan yang tinggi pada setiap video yang dimuat naik. Daripada rumah estet, kini mereka berpindah ke rumah teres yang lebih selesa.
Sumber: Majalah Keluarga & Astro Gempak