Patutlah Asyik Rasa Leher, Rupanya Ini Sebabnya. Dr Ini Jelaskan Lanjut. Take Note Semua!

Share

Pernahkah anda berasa sakit leher sama ada mengadap komputer atau tidur di bahagian satu sisi dalam tempoh yang terlalu lama? Rasa sakit di leher berkemungkinan berpunca daripada tendon, otot, saraf, capsul, bursa atau ligamen. Sakit di bahagian berkenaan juga boleh melibatkan bahagian kepala, muka dan bahu, malah menyebabkan kebas di tangan.

Perasan atau tidak, ramai orang suka membunyikan leher jika terasa tegang di kawasan berkenaan. Jangan lakukannya lagi kerana ia berbahaya. Sakit leher boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian anda, malah menyebabkan bahagian leher menjadi tegang dan terhad.

Ingin tahu persoalan ini lebih lanjut ikuti persoalan ini yang dijawab oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi facebooknya.

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak minta sedikit nasihat doktor utk panduan. Saya mengalami kesakitan sejak mlm tadi, macam tersalah urat. Sakitnya rasa pada tengkuk sebelah kiri hingga ke bahagian belakang badan sebelah kiri dan sakitnya berdenyut2. Rasa sakit sangat setiap kali bergerak. Kalau ke klinik biasa dr akan bg ubat apa dan kalau berurut, boleh ker… Risau sbb melibatkan tengkuk… Terima kasih dr.”

Kenali punca

Banyak punca sakit di bahagian tengkuk, bergantung kepada umur, berapa lama sudah alami, pekerjaan puan dan pelbagai lagi. Secara mudahnya doktor akan mencari punca sakit tengkuk dengan bertanyakan keadaan sakit puan, sama ada ia berkaitan dengan kecederaan trauma atau masalah penyakit kronik. Sakit tengkuk yang disebabkan oleh kecederaan trauma adalah lebih teruk dan perlukan pemeriksaan doktor yang segera.

Jadi rasa sakit bahagian tengkuk boleh melibatkan :

1. Tulang dan sendi pada tulang servikal di leher.

2. Tulang rawan (disc) di antara tulang servikal.

3. Otot dan ligamen yang ‘mengikat’ tulang-tulang ini agar stabil.

Cara rawatan

Jika rasa sakit tidak kuat, boleh tuamkan secara bergilir-gilir dengan tuala yang direndam dalam ais dan air suam bagi mendapatkan kelegaan sementara.

Boleh berurut asalkan tidak terlalu kuat. Gunakan ruas kuku untuk berurut bagi melancarkan peredaran darah di tengkuk.

Jika mahu berurut dan menggerakkan tulang tengkuk dengan kuat, pastikan ia dilakukan oleh orang yang professional. Dibimbangi akan mendatangkan kecederaan yang lebih serius.

Saya mencadangkan puan berjumpa doktor dan buat pemeriksaan xray dan darah bagi mengetahui punca sebenar rasa sakit tersebut.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club