Keibubapaan

Patutlah Anak Suka Makan, Maryam Ada Cara Sendiri Buat Anak Selera Makan!

Share

Setiap kali dihidangkan makanan, si comel Rina, anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam pasti makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya.

Rupanya Maryam punya tip dan cara sendiri setiap kali menyediakan makanan buat Rina.

Apa yang penting kata Maryam lagi, dia tidak lupa meletakkan sedikit garam dalam makanan Rina kerana tinggi dengan khasiat. Namun jangan berlebih-lebihan.

Menurut Maryam lagi, sebelum ini segelintir ibu bapa beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.

Jelasnya, garam mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh badan namun dalam kuantiti yang kecil sahaja.

“Pengambilan mineral amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebab itu saya pastikan pengambilan garam diberikan kepada Rina.

“Cuma janganlah berlebihan sebaliknya dalam kuantiti yang bersesuaian. Itu yang saya praktikkan dalam pemakanannya. Sekurang-kurangnya satu sudu teh kecil ketika memasak,” katanya.

Malah kata Maryam lagi, dia turut menambahkan ikan bilis, bawang putih dan daun bawang terutama dalam makanan bersup supaya rasanya lebih enak dan sedap.

“Misalnya untuk rasa yang lebih enak pada masakan seperti sup, masukkan ikan bilis dan rebus. Tak ada lah rasa kosong. Selain menaikkan rasa dan bau, ia juga bagus untuk batuk,” katanya lag.

Tambah Maryam lagi, nasi putih yang dicampurkan dengan sup dan telur menjadi kegemaran anak kesayangannya itu.

“Rina paling suka nasi putih dicampurkan ke dalam sup dan juga telur. Rina hirup hingga licin.

“Jika dia tak mahu makan, saya akan cari sesuatu yang boleh naikkan seleranya untuk makan.

“Biasanya, saya akan stimkan dalam pressure rice cooker dan rebus dalam satu jam setengah sehingga dagingnya benar-benar lembut. Demikian juga dengan ayam, dia kurang gemar jenis rebus, jadi saya sediakan menu yang bakar. Saya akan cari menu yang disukainya,” katanya.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Rina yang kini berusia tiga tahun.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club