Bagi peminat drama tanah air, pasti cukup kenal dengan pelakon yang satu ini. Wajahnya yang cukup manis dengan turut kata yang lembut membuatkan dia cukup diminati.
Walaupun sambutan dilakukan secara kecil-kecilan dan sederhana, namun Nonis terharu dan gembira memandangkan majlis tersebut dijayakan oleh anak-anaknya.
Walaupun sederhana namun cukup bermakna lebih-lebih lagi dilakukan oleh orang tersayang.
Dalam pada itu, anaknya yang dikenali sebagai Erysha Emyra Zakaria turut memuat naik gambar bersama mommynya.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Walaupun dalam usia yang sudah memasuki separuh abad, namun Nonis manis maintain cantik dan awet muda. Wajahnya tetap manis dan nampak muda seolah-olah tidak dimamah usia.