Patutlah Anak Asyik Bergaduh Aje, Rupanya Lemah 7 Sosial Skil. Ini Yang Ibu Ayah Kena Alert!

Share

Kalau anak-anak kerap bergaduh, kena upgrade lagi sosial skil mereka. Kadang anak ni boleh gaduh sebab rebut mainan, remote tv, kentang goreng, usik mengusik tapi tu hanya asbab nak bergaduh je.

Root cause kenapa dia boleh bergaduh adalah dari lemahnya sosial skil.

Sosial skil ada banyak tapi 7 skil ni paling asas :

1. Berkongsi
Anak 3 tahun ke bawah normal kalau dia kedekut sebab mereka masih lagi fasa egocentrik. Penting diri dan tak hirau orang lain.
Mulakan dengan tanam idea nilai-nilai murni berkongsi dalam minda anak.
“Baiknya adik kongsi mainan dengan kawan”
“Kawan suka main dengan adik kalau adik kongsi mainan”
Bila dia tahu manfaat berkongsi baru dia dengan rela hati kongsi mainannya.

2. Berkerjasama
Ikut dari perkembangan psikologi kanak-kanak 4 tahun dan ke atas dah mampu untuk bekerjasama. Maksudnya mereka dah mampu untuk bermain sama-sama tanpa bergaduh.


Asah skil bekerjsama anak dalam semua rutin kehidupan dia.
Kemas katil sama-sama, duduk belajar di satu tempat yang sama, kemas mainan sama-sama. Lama-kelamaan skil kerjasama dia akan terbentuk cantik.
Bila anak boleh bekerjama puji dia, bagi reward jika perlu, baru dia teruja dan suka untuk bekerjsama.

3. Mendengar
Ini skil paling mahal dan paling penting dalam membentuk jiwa seorang manusia yang mampu memahami orang lain.
Tanpa skil ni anak kita boleh jadi sangat rebel dan susah nak bertolak ansur dengan sesiapa pun. Parah kalau jadi begitu.
Asah skil mendengar anak dengan tunjuk contoh cara untuk mendengar. Ketika anak tengah bercakap kita dengar betul-betul. Lepas tu kita reflact ( ulang ) apa yang anak cakap.
Ketika si abg bercakap, kita juga boleh galakkan si adik diam dan dengar betul-betul apa yang si abg cakapkan. Benda yang sama juga ulang ketika adik bercakap.

4. Ikut aturan
Ini asas hidup bersosial. Dalam hidup ni ada aturan dan peraturan yang perlu di ikuti. Sebagai contoh tak boleh bermain masa makan, kemas mainan lepas digunakan dan sebagainya.


Itu sebab saya galakkan kita semua ada House Rules di rumah untuk asah skil ikut aturan anak-anak kita.
Baca di sini untuk detail house rule yang baik :
https://www.facebook.com/100000393385027/posts/4509144035775331/?d=n

5. Meminta ( izin, tolong, maaf )
Salah satu skil yang jadi penanda aras adab anak kita, iaitu skil meminta. Anak yang tahu untuk meminta tolong, minta izin, minta maaf adalah anak yang berbudi bahasa dan beradab. InsyaAllah
Ini senang. Ajar je anak minta izin, nak masuk bilik kita minta izin. Minta tolong bila perlukan bantuan dan minta maaf bila lakukan kesalahan.

6. Hak milik
Anak bawah 3 tahun belum faham konsep hak milik ni sangat. Asal nampak, semua dia punya. Ini yang parah bila dia nak, dia nak juga.
Kena banyak sabar dan jauhkan anak dari tantrum trigger dia jika tahu.
Skil hak milik ni boleh di asah dengan berbual-bual dengan anak, ketika dia tengah bermain,
“Ni mainan adik, ni mainan papa”
“Adik punya ada 3, abg punya pun ada 3”
Lama-lama nanti dia faham la konsep hak milik ni.

7. Eye-contact
Ajar anak ketika bercakap dengan orang kena pandang muka orang tu dan fokus sepenuhnya. Dari eye-contact kita ajar anak untuk melihat riak wajah dan bahasa tubuh orang lain.
Dari situ anak akan belajar kenal bahasa tubuh orang tengah marah, sedih, kecewa dan sebagainya.
Baru la dia tak sesuka hati buat sesuatu yang boleh menimbulkan pergaduhan. Anak yang bijak sosial, dia akan mengelak dari bergaduh sebelum pergaduhan itu bermula.
Kesimpulannya,
Pokok tak bergoyang kalau tak ada angin.
Anak kita pun tak suka bergaduh pun sebenarnya, diorang cuma nak apa yang diorang nak je.
Anak tak akan bergaduh kalau dia tahu cara untuk menyelesaikan perselisihan faham dia adik beradik dengan cara yang lebih baik.

Sumber: Mohd Fhais Salim