Patutlah Adunan Roti Asyik Tak Jadi! 5 Punca Kena Tahu Antaranya Yis Dan Dulang!

Share

Sering kali kita mendengar rungut seperti “roti tak menjadi lah”, “roti bentat lah!” dan macam-macam lagi rungutan.

Tentu anda rasa telah mengikut sukatan yang betul untuk kuih berasaskan penggunaan yis. Tentu stress bila penat-penat buat doh, hasilnya mengecewakan!

Tahukah anda , ada beberapa sebab doh roti yang menggunakan yis tidak naik dan tidak kembang.

Ia termasuk:

1. Yis sudah tamat tempoh. Yis yang kering dan tidak aktif, jika disimpan pada suhu yang betul boleh hidup untuk satu tempoh yang lama.

2. Yis terlalu panas. Kebiasaannya, sebelum kita mencuahkan YIs ke dalam bancuhan adunan,kita akan kembangkan Yis menggunakan air suam. Jika suhu air terlalu panas akan menyebabkan sel Yis mati.

3. Bilik yang terlalu sejuk. Selain dari anti kepada suhu panas, Yis juga sangat bencikan suhu yang sejuk.

4. Saiz dulang yang tidak bersesuaian. Kadang-kadang anda ingat doh anda bermasalah sehinggakan doh tidak naik dan kembang. Tetapi ianya hanya berunca pada dulang yang terlalu besar untuk saiz doh yang kecil. Anda boleh rujuk formulapemilihan dulang seperti di bawah:

3 cawan tepung= 8” x 4” dulang
4 cawan tepung= 9” x 5” dulang
4 ½ cawan tepung= 10” x 5” dulang

Jadi nampak perkara ini biasa-biasa aje tapi ia memberi kesan kepada adunan untuk mendapat hasil yang gebu dan lembut.

5. INI JUGA SALAH SATU PENYEBAB: BRAND YANG SAMA, PACKAGING YANG BERBEZA..

Perhatikan yang dalam petak merah tu. Yang tu sayang beli 2 paket dan dua-dua tu bila campur dengan air suam dia jadi macam yis mati. Tarikh Expired pun tak ada..

Yg satu lagi tu dlm petak biru, nmpk packing lebih kemas & ada expired date.. Bila campur dgn air suam, elok kejadian.. Naik berbuih mcm biasa..

Mungkin ni salah satu punca yis slalu tak naik elok yang kita tak perasan.. Share dari pengalaman saya sendiri..

Maaf kalau saya silap. Mana tahu ada yg lebih arif, boleh bg pencerahan apa perbezaan antara mauripan ni..

Sumber:  Nurul Zainal   & www.okikieshack.com