Patut Rajin Bancuh Susu Kat Adik! Gelagat Abang Curi Makan Tepung Susu Undang Tawa

Share

Dah menjadi lumrah, jadi anak-anak yang tua usianya berbanding adik-adik lain pasti akan ada kerja yang ibu ayah minta tolong untuk dibuat. Terutamanya bagi yang ada adik kecil, tugas utama kalau bukan ambil peralatan mandian adik, semestinya akan tolong ibu ayah untuk bancuh susu.

Ada sesetengah budak, pasti akan merungut dahulu jika kerap kali diminta untuk tolong sebegini. Tetapi tidak bagi seorang abang ini! Sifat rajinnya yang suka membuatkan susu untuk si adik rupanya ada udang di sebalik batu.

Buktinya, seorang individu lelaki curi-curi rekod video dari celahan dinding rumah ke bahagian dapur, awalnya dia dilihat gigih membancuh susu tepung dengan sangat rapi sebelum botolnya digoncang.

Tidak lama kemudian, budak lelaki itu mula merasai secalit susu tepung sebelum beralih kepada portion 1 sudu. Lebih melucukan lagi, dia malah menghisap terus botol susu yang sepatutnya diserahkan kepada si adik.

Apabila gelagatnya kantoi, dia memberikan reaksi malu-malu kucing dan mengakui seronok kerana ia seperti mengimbau kenangan lalu suatu ketika dahulu.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen terhibur dan turut mengenang semula memori ketika mereka curi-curi rasa susu adik. Bukan sahaja anak-anak, rupanya golongan ibu turut pernah melakukan benda sama memandangkan susu tepung sememangnya sedap.

Sumber : Lopz Wala

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini