
Dah menjadi lumrah, jadi anak-anak yang tua usianya berbanding adik-adik lain pasti akan ada kerja yang ibu ayah minta tolong untuk dibuat. Terutamanya bagi yang ada adik kecil, tugas utama kalau bukan ambil peralatan mandian adik, semestinya akan tolong ibu ayah untuk bancuh susu.
Ada sesetengah budak, pasti akan merungut dahulu jika kerap kali diminta untuk tolong sebegini. Tetapi tidak bagi seorang abang ini! Sifat rajinnya yang suka membuatkan susu untuk si adik rupanya ada udang di sebalik batu.
Buktinya, seorang individu lelaki curi-curi rekod video dari celahan dinding rumah ke bahagian dapur, awalnya dia dilihat gigih membancuh susu tepung dengan sangat rapi sebelum botolnya digoncang.
Tidak lama kemudian, budak lelaki itu mula merasai secalit susu tepung sebelum beralih kepada portion 1 sudu. Lebih melucukan lagi, dia malah menghisap terus botol susu yang sepatutnya diserahkan kepada si adik.
Apabila gelagatnya kantoi, dia memberikan reaksi malu-malu kucing dan mengakui seronok kerana ia seperti mengimbau kenangan lalu suatu ketika dahulu.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen terhibur dan turut mengenang semula memori ketika mereka curi-curi rasa susu adik. Bukan sahaja anak-anak, rupanya golongan ibu turut pernah melakukan benda sama memandangkan susu tepung sememangnya sedap.
Sumber : Lopz Wala
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Pastikan Bulu Kucing Lebih Lebat Dengan Makanan Yang Satu Ni, Memang Cantik, Jimat Pulak Tu!

Sayang punya pasal, macam-macam perkara yang kita lakukan buat kucing kesayangan kita. Selain belikan makanan yang sihat dan berkhasit, membeli kelengkapan dan beberapa barang mainan antara salah satu perkara yang kita tak pernah lokek. Ibarat macam anak sendiri.
Tapi kalau dah namanya ‘anak’, kenalah sediakan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesayangan kita yang satu ni. Memilih makanan yang baik dan berkualiti antara yang disarankan.
Tak hanya makanan yang dijual di pasaran, petua dan amalan tradisional juga boleh kita cuba. Salah satu cara mencantikkan bulu kucing yang dikongsikan oleh rakan kita yang menggelarkan dirinya sebagai Bapa Kucing di facebook ini boleh kita cuba.
Paling menarik sebab makanan yang digunakannya untuk mencantikkan bulu kucingnya memang tidak kita jangka. Jom ikut tipnya.
Cantikkan Bulu Dengan Kuning Telur
Menurutnya, caranya untuk mencantikkan bulu kucingnya adalah dengan memberi kuning telur setiap minggu. Memang gebu.
Bagi merawat dan melebatkan bulu kucing yang gugur, beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.
Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang.
Begitu katanya, mudah sahaja iaitu dengan menambahkan sedikit kuning telur dalam makanan kucing. Tambah berselera kucing kita
setiap hari. Silap-silap dia minta lagi dan lagi. Jadi jom cuba.
Selamat mencuba!
Kredit : bapa kucing
“Bukan Tak Nak Panggil Babysitter Datang Hari-hari Tapi..” Mira Filzah Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam!

Satu masalah bagi ibu yang bekerjaya, untuk memilih orang yang betul-betul diyakini untuk menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Situasi sebegini turut dirasai oleh pelakon, Mira Filzah yang mengakui susah untuk mempercayai orang luar dalam memberi amanah menjaga putera tunggalnya di rumah.
Tambah Mira, pemergian pembantunya ke kampung untuk beberapa bulan memberi kesan kepada aktres tersebut dalam menguruskan anak.
Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story miliknya yang menyatakan bahawa dirinya kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini oleh kerana ketiadaan pembantu dalam menguruskan hal rumah.
Malah, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat memuji kaum ibu di luar sana yang menjaga anaknya sepenuh masa tanpa pembantu kerana dia menyedari bahawa tidak mudah menguruskan anak serta rumah sendirian.
“Kurang update sejak kebelakangan ini sebab pembantu balik rumahnya selama 2 bulan lebih. Saya tak tahu bagaimana ibu-ibu di luar sana buat tapi hebatnya kaum ibu yang menjaga anak sendiri tanpa pembantu.” tulisnya.
Oleh kerana sukar untuk mempercayai orang luar, Mira membuat keputusan untuk menguruskan sendiri anaknya, Wan Khair Amir. Mira meluahkan rasa puas hati dengan pembantu lamanya, namun dia percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
“Bukan tak nak panggil babysitter datang hari-hari tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Dengan pembantu lama kita dah bina kepercayaan selama lima bulan, dia bagus sangat tapi tuhan maha mengetahui.” tambahnya.
Susulan itu, Mira mengharapakan dapat bertemu dengan pembantu yang bertanggungjawab, menyanyangi anaknya dan yang paling penting jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi.
Isteri kepada Wan Emir itu juga menyatakan untuk membawa Amir dalam jadual kerjanya pada Januari depan oleh kerana berat hati untuk meninggalkan puteranya itu setelah dia mula menjaga Amir 24 jam.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah
Isteri Berkecil Hati Bila Suami Asyik Pegang Phone. Cium Isteri Dulu Barulah Manis Rumahtangga Tu!

Isteri adalah permata hati buat suami setelah berumahtangga. Malah kasih sayang sejati dan layanan yang baik menjadi dambaan setiap wanita yang bergelar isteri. Namun, isteri akan berkecil hati apabila suami terlalu asyik dengan dunianya sehingga melupakan sentuhan manja kepada isteri. Suami yang asyik dengan gajet seperti phone melupakan isteri yang dahagakan kasih sayang. Sehingga jika dibiarkan berlarutan, ia mungkin menjadi pencetus kepada penceraian.
Ikuti perkongsian diluahkan oleh seorang suami ini dilaman facebooknya Afnan Rosli setelah mengikut seminar Keluarga oleh Ustaz Ebit Lew.
________________________________________________________________
ORANG TERASA BODOH DUDUK DENGAN KITA
Dua hari lepas saya dan Isteri join Seminar Keluarga Sunnah by Ustaz Ebit Lew. Antara benda yang kami belajar ialah ancaman Smart Phone tu pada Rumahtangga.
Antara punca tertinggi penceraian di Malaysia ialah Telefon Bimbit. Yes! Dari phone lah boleh berlaku penipuan, berlaku kecurangan, berlaku pengabaian tanggungjawab dan macam2 lagi.
Saya tahu ramai Isteri2 nak bagitahu pada suami benda ni. Tapi mungkin dah berbuih mulut nasihat, tak jalan juga. Sebab tu saya decide untuk tulis jugak benda ni.
Guys! Listen. Ni saya bercakap bagi pihak isteri korang. Tahu tak setiap hari RIBUAN isteri #Terluka dan #BerkecilHati kerana phone yang ada di tangan korang sekarang ni?
KENAPA?
Yela, mana tak nya. Bangun pagi korang sibuk cari phone dulu dari cium bini. Ucap good morning pada isteri tak. Sibuk Good Morning pada Friends di Fb dulu.
Waktu makan, sibuk buka whatsapp, scroll fb, main game seolah olah bini takde kat depan.
Waktu keluar jalan2 pun masih lagi sibuk scroll whatsapp. Bini jalan sebelah rasa macam tunggul kayu je.
Itu belum lagi bini sendiri kita lupa nak puji, tapi asyik duk bagi Love
sana sini kat gambar awek2 di IG.
Saya bukan nak mengajar, tapi saya tolong luahkan perasaan isteri2 yang dah lama pendam dalam hati.
Guys, DENGAR saya cakap ni JANGAN BUAT ORANG RASA BODOH DAN TAK BERGUNA BILA DUDUK DENGAN KITA!
Tau tak kenapa bini asyik nak melawan, rasa susah nak terima teguran kita? Sebab #KEPERLUAN #EMOSI mereka kita TAK PENUHI.
Walaupun kita kata, eh! Saya dah bawa isteri saya keluar makan Restoran Mahal2 dah.
Saya selalu bawa isteri saya Jalan2 Travel Tempat Best2 dah.
Ape lagi diorang nak?
Diorang nak AWAK! Diorang nak AWAK HADIR sekali! Diorang bukan nak jasad batang tubuh awak saja ada di situ. Diorang nak #Jiwa, #Hati dan #Minda awak hadir saat awak bersama mereka.
Bro, takde guna kita belanja bini kita kedai Mahal2 tapi dari mula sampai makanan kita sibuk amek gambar, edit gambar makanan, post kat IG, sibuk reply komen. Makan pun kita tak tengok. Main suap je ke mulut.
Letak phone kejap. Pegang tangan isteri. Pandang mata dia. Tenung dalam2. Senyum. Cakap I LOVE U Sepenuh hati. Then baru suap dia makan. TRUST ME! Ko buat macamni bro. Baik terus bini ko. Takde dah nak ajak gaduh lepasni.
Kenapa walaupun pergi travel jauh2 still bini tak rasa happy? Sebab Jiwa dan Minda kita duduk di Media Social lagi. Kita tak wujud on that moment.
Benda ni bukan pada suami saja sebenarnya. Untuk Isteri pun sama. Ada juga yang jenis Suka Membawang dekat Group Whatsapp & Telegram sampai suami kecik hati. Ramai juga macamni. Sama2 ambil ikhtibar ye.
Lepas ni jom kita sama2 buat perubahan.
WAKTU2 HARAM MAIN PHONE:
1. BARU BANGUN TIDUR.
Jangan terus cari phone. Cium anak isteri dulu. Peluk mereka dulu.
2. DI MEJA MAKAN.
Masa makan disiplinkan semua ahli keluarga phone letak tepi kejap. Waktu ni la nak borak dan kongsi hari kita. InsyaAllah anak2 pun akan jadi baik sebab cukup perhatian.
3. WAKTU DRIVING.
Ni pun ramai lagi yang masih main. Sebab apa? Sebab kita dah addicted. Otak kita jadi bosan kalau takde phone. So apa minda kita buat? Dia suruh kita buka phone. Check notifications. Sebab bila nampak orang Like kita. Kita jadi happy. Kita feels better.
4. BILA BERCAKAP DENGAN ORANG.
Tak kira la bercakap dengan Isteri ke, Anak2 ke, simpan kejap phone. Pandang mereka. Dengar. Especially bila bercakap dengan Mak Ayah kita. Nanti anak2 kita pun akan ikut apa kita buat.
5. WAKTU TA’ALIM
Ni antara yang Ustaz Ebit Lew ajar. Buat Taalim dalam rumah. Ambil masa Baca Hadith setiap hari. Lepas Subuh ke, lepas Maghrib ke. Tak kisah. Waktu Taalim simpan phone. InsyaAllah keluarga akan bertambah baik.
6. WAKTU NAK TIDUR.
Harini kita dah baring sebelah Isteri/Suami pun masih lagi muka bercahaya dek kerana screen handphone. Mana la pasangan tak kecik hati. Rasa macam melukut di tepi gantang taw kalau ko baring, orang sebelah ko duk sibuk belai screen dari belai kau.
Saya tulis ni bukan nak mengajar. Cuma berkongsi. Sebab Saya sendiri hampir Kehilangan segalanya kerana Phone. Family, Anak, Bisnes, everything! Itu lah Bahana Handphone. Kalau kita tak berhati2. Alhamdulillah Allah selamatkan.
Percaya lah, ramai isteri di luar sana terasa Di”MADU”kan dengan phone suami mereka. Tak kira la social media ke, games ke. Ada masa kita kena letak tepi kejap dan beri perhatian pada Perkara yang Betul2 PENTING dalam hidup kita.
Phone ini alat yang menghubungkan yang jauh supaya terasa dekat. Tapi jangan kerana phone. Yang dekat terasa makin jauh dan jauh.
Cukup lah setakat ni, luahan dan perkongsian. Panjang sangat ni. Next time kita kupas pula kenapa kita Addicted pada phone dan macamana nak atasi nya.
Boleh la pelan2 #TAG pasangan masing2,
Feel Free to #Share Moga Bermanfaat ?
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist