Patut La Dapat 20K Perkongsian, Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Sedap, Terbaik Lah!

Share

Kalau pergi kedai masakan panas, tak sah kalau tak order sup thai. Masam-masam pedas sup tu memang tak boleh dilupakan lah!

Nak buat sendiri, tak reti pulak! Hmmm……

Haaa ni min ‘belanja’ cara nak buat sup ayam thai resipi khas dari Tini Joe

. Memang terbaik! Jom cuba.

Resipi Sup Ayam Thai

Bahan-bahannya :-
bawang merah (hiris)
bawang besar (hiris)
halia (hiris)
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
cili (diketuk)
Ayam
Celery
Lobak merah
Kiub Ayam Knorr
Sup Bunjut Adabi
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Thai Fish sauce
Daun Ketumbar / Coriander
Hirisan bawang besar (untuk masuk last)
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Minyak sedikit

Cara-caranya :-

1) Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili, dan halia. Tumis menggunakan api medium sehingga naik layu dan naik bau.

2) Masukkan air, tunggu hingga air mula menggelegak, masukkan ayam, lobak merah dan batang celery.

3) Masukkan bahan untuk perasa iaitu kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, maggi cukup rasa dan sos ikan thai.

4) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, tomato, hirisan cili (jika perlu) dan hirisan bawang besar.

5) Siap untuk dihidang!