Kalau pergi kedai masakan panas, tak sah kalau tak order sup thai. Masam-masam pedas sup tu memang tak boleh dilupakan lah!
Nak buat sendiri, tak reti pulak! Hmmm……
Haaa ni min ‘belanja’ cara nak buat sup ayam thai resipi khas dari Tini Joe. Memang terbaik! Jom cuba.
Resipi Sup Ayam Thai
Bahan-bahannya :-
bawang merah (hiris)
bawang besar (hiris)
halia (hiris)
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
cili (diketuk)
Ayam
Celery
Lobak merah
Kiub Ayam Knorr
Sup Bunjut Adabi
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Thai Fish sauce
Daun Ketumbar / Coriander
Hirisan bawang besar (untuk masuk last)
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Minyak sedikit
Cara-caranya :-
Ads
1) Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili, dan halia. Tumis menggunakan api medium sehingga naik layu dan naik bau.
2) Masukkan air, tunggu hingga air mula menggelegak, masukkan ayam, lobak merah dan batang celery.
Ads
3) Masukkan bahan untuk perasa iaitu kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, maggi cukup rasa dan sos ikan thai.
Ads
4) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, tomato, hirisan cili (jika perlu) dan hirisan bawang besar.
5) Siap untuk dihidang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang gemar makan Sizzling Yee Mee, kena belajar cara untuk sedaikannya sendiri. Ini memandangkan bahan dan cara penyediaannya cukup mudah. Walau tanpa ada hot plate seperti yang biasa digunakan semasa memasak Sizzling, anda masih boleh gunakan peralatan memasak yang lain seperti Maya Miera gunakan untuk memasak menu ini.
Bukan itu sahaja, menurutnya “Bila memasak sendiri bolehlah kita lebihkan cendawan dan ayam mengikut selera sendiri. Memang puas hatilah, rasa Sizzling yee mee ini lagi sedap dari food court. Resipi ini saya buat untuk 15 orang makan. Selamat mencuba”
Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan:
2 ekor ayam potong kecil-kecil
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1senduk minyak masak utk menumis
Cara-caranya
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je..
Masukkan kuah yang dah siap tadi..masukkan mee dan telur..bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang
Ini mee yang saya gunakan.
*buat kicap + cabai melaka sama..fuhh sedapppp
Selamat Mencuba.
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian rumah terbuka nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...