
Edisi pertama penganjuran Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA) menyaksikan usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad menggunguli trofi utama.
Meraiah undian tertinggi melayakkan Hafiz membawa pulang trofi utama pada malam tersebut.
Acara yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad itu turut menyaksikan Hafiz memenangi kategori Digital Influencer Tergempak.
Terharu dengan kemenangan berkenaan, Hafiz berbesar hati memberi sehari cuti dan sebulan bonus yang dianggarkan berjumlah RM300,000.
“Sejak awal tercalon, staf saya antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya… sokongan tersebut membuatkan saya terharu. Tak salah untuk saya beri penghargaan kepada mereka dengan cuti selama sehari dan bonus sebulan.
“Bonus tersebut juga sebagai tanda kerja keras mereka selama ini,” katanya yang ditemui sejurus selepas acara berakhir.
Pada majlis tersebut sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian tidak termasuk anugerah khas.
Sumber : Mstar
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Bila Berselisih Pendapat & Nak Hadap Situasi Tu Dengan Tenang, Skill Ni Kena Hadam Baik-baik. Ustazah Kongsikan, Jadikan Panduan!

Hubungan suami isteri itu banyak cabarannya dan dalam usaha untuk kekal bahagia hingga ke hujung nyawa, tentunya ada beberapa proses yang perlu dipelajari. Dan salah satunya adalah dalam hal belajar berdepan dengan situasi perbincangan yang tenang dan sihat jika ada berselisih pendapat.
Ungkapan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri, seakan begitu sering kita dengar. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik untuk kita berdepan dengan masalah itu agar dapat diatasi. Sekali gus menjadikan hubungan semakin bertambah baik dan bukannya terus bermasam muka hingga menyebabkan masalah menjadi lebih serius.
Untuk itu, cara hendak berbincang dengan pasangan perlu dipelajari. Dan ini disenaraikan oleh Ustazah Ainun Mardhiah, bolehlah dijadikan panduan bersama.
BELAJAR BERBINCANG : TIPS RUMAHTANGGA AMAN
Bismillah.
Antara skill yang perlu ada dalam diri suami isteri adalah belajar berbincang dan belajar menerima pendapat orang lain.
Kenapa ‘BELAJAR’?
Sebab belajar itu adalah proses, ianya memakan masa. Berbincang bermakna kita perlu sediakan diri dan hati untuk rendahkan ego, sedia dikritik dan sedia berlapang dada jika pendapat kita ditolak.
Tips berbincang :
1. Elakkan mindset “macamanapun aku nak menang! ”
2. Mula dengan Bismillah.
3. Dengar pendapat kedua-dua pihak dengan baik. Pandang matanya. Fokus.
4. Bila dikritik : Pujuk diri dengan sebut “Astaghfirullah..Astaghfirullah..Alhamdulillah, Alhamdulillah..” InsyaAllah ada hikmah di sebalik kritikan dan teguran tu walaupun pedih.
5. Jika perbincangan makin tegang. Duduk, jangan lari. Jangan lempar pinggan. Salah satu pihak perlu mengalah. Bukan bertikam lidah nak tegakkan siapa yang betul. Mengalah tidak bererti kalah.
6. Say Thank You. InsyaAllah, mana yang saya silap saya akan betulkan. Saya akan usaha insyaAllah untuk rumahtangga kita, kerana ALLAH.
7. Zikir “Hasbunallah wa ni’mal wakil..Ya Allah, kuatkan aku untuk menjadi isteri/suami yang Engkau redha Ya Allah. Aku hanya seorang hamba yang ingin membawa keluarga ke arah kebaikan. Maafkan semua kesilapanku.” Percayalah, bila kita serahkan urusan hidup ini kepada Allah, kita akan lebih tenang.
8. Berubah kerana Allah, kesannya akan menjadi lebih besar. Ulang-ulang bercakap kepada diri, “Ya Allah, aku ingin menjadi hambaMu yang baik InsyaAllah.”
9. Rumahtangga adalah proses didikan. Didik diri untuk sabar, didik diri untuk kawal marah, didik diri untuk terima insan-insan dengan seadanya.
10. Pasangan kita tak sempurna, kita pun tak sempurna kan? Semua orang ada kelemahan diri masing-masing. Belajarlah untuk memaafkan. Sakit untuk memaafkan, namun tak mustahil dengan bantuan dan pimpinan dari Allah InsyaAllah.
Rumahtangga adalah sekolah didikan akhlak. Belajar dan terus belajar, tiada kalimah putus asa InsyaAllah
sumber : Ainun Mardhiah
“Moga Awak Tenang Di Sana Yang. Rumah Sunyi Tinggal Bertiga.” Anak Lelaki Masuk Pusat Tahfiz, Anita Baharom Gembira & Sebak!

Ibu mana yang tak gembira apabila anak menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke pusat tahfiz.
Itulah yang dirasai pelakon Anita Baharom apabila anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar berbuat demikian.
Menurut Anita lagi, jika arwah suaminya masih Ada,pasti dia juga akan gembira.
“Yang.. @ismadiismail Dadar @dhiaiskandar_ofc saya dah masukkan ke Tahfiz atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah MasyaAllah.
“Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah. Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari,” kongsinya di kapsyen.
Dia turut berharap pembelajaran anaknya akan sentiasa dipermudahkan sepanjang berada di pusat tahfiz kelak.
“Baik adabnya, baik kelakuan, anak soleh mummy daddy penenang, pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. ameen ya mujib.
“Semoga awak tenang dan happy di sana yangg. Rumah sunyi tinggal bertiga huhuhu,” kongsinya lagi.
Suami kepada Anita yang juga merupakan pengarah Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Dadar akan sentiasa menjadi anak yang soleh.
Sumber: anitabaharom
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Elak Penyakit Batu Karang Pada Si Bulus, Kena Galakkan Minum Air Selalu. Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan!

Kita memang suka dengan haiwan yang satu ini, seronok bila dapat belai bulunya yang lembut ditambah pula dengan sikap si bulus gemar memanjakan diri. Namun, ada kalanya sukar untuk seseorang itu menguruskan kucing terutama sekali apabila sibuk bekerja.
Sehinggakan terlepas pandang perkara penting yang melibatkan kesihatan si bulus. Sebagai contoh, air bekas minuman yang tidak bertukar atau dicuci sehingga kotor berkeladak termasuklah dipenuhi dengan bulu dan juga habuk sekeliling.
Seperti mana manusia, air juga benda asas yang penting buat si bulus. Mendapat air yang mencukupi membantu tahap kesihatan kucing. Justeru, kualiti dan tahap kualiti air yang diminum oleh si comel patut dititikberatkan.
Pernah tak anda dengar tentang masalah batu karang atau masalah buah pinggang pada si bulus disebabkan oleh pengambilan makanan mengandungi garam yang tinggi atau makanan mengandungi pewarna. Selain itu, ada juga kucing yang jenis tidak gemar minum air dalam kuantiti yang banyak mengundang masalah ini.
Buat anda pemilik kucing, usah risau. Jom cuba beberapa tip yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat buat si bulus anda!
Perbanyakkan Bekas Minuman
Letakkan lebih banyak bekas minuman di setiap sudut kediaman anda. Selain itu pelbagaikan bentuk, jenis dan warna bekas minuman yang boleh menarik perhatian si bulus. Letakkan satu sudut bekas yang besar dan satu sudut yang lain dengan bekas yang tinggi atau rendah atau boleh juga letak jenis yang berbeza seperti stainless steel, ceramik dan plastik. Ini akan mengundang minat si bulus untuk minum lebih kerap.
Tambahkan Air Pada Makanan
Selain itu menyediakan wet food untuk diberi pada kucing untuk mendapat air yang lebih, anda juga juga boleh menambahkan air pada dry food mereka. Cuma kena pastikan yang kucing menggemari makanan tersebut. Ini cara untuk elak dari kucing berhenti makan. Anda boleh cuba Catit Chicken Dinner yang terdiri daripada 6 jenis variasi berbeza, antaranya Duck & Potato, Salmon & Carrot, Beef & Pumpkin, Tuna & Kale, Liver & Sweet Potato, And Tilapia & Green Beans.
Manakala Catit Fish Dinner pula adalah hidangan petang yang membantu mengisi tenaga mereka semalaman. Terdapat enam jenis variasi ikan lazat untuk menambahkan berat kucing anda. Antaranya perasa Tuna & Carrot, Salmon & Green Beans, Tilapia & Potato, Whitefish & Pumpkin, Shrimp & Green Beans, Crab Flavor & Pumpkin.
Selain itu,ada juga Catit Creamy sejenis snek berkhasiat untuk diet kucing anda yang boleh didapati dalam 4 jenis perasa iaitu Ayam & Hati, Salmon, Makanan Laut dan Tuna.
Drinking Fountain
Selain kaedah di atas, anda juga boleh menarik perhatian si comel minum lebih banyak air dengan menyediakan bekas drinking fountain. Kebanyakan kucing kurang berminat pada air yang bertakung di dalam bekas sebaliknya mereka memilih untuk minum air yang mengalir. Jadi penggunaan drinking fountain amat membantu.
Flower Fountain by Catit ini menggunakan konsep air mengalir yang menarik minat kucing untuk lebih kerap minum air. Ini menjadikan air kencing kurang pekat fungsi buah pinggang yang betul serta membantu mencegah pembentukan kristal yang boleh menyebabkan penyakit saluran kencing.
Catit juga menampilkan 3 tetapan yang berbeza; aliran air yang lembut, bahagian atas menggelegak dan aliran air yang tenang. Justeru, bekas ini sesuai buat si bulus yang cerewet atau memilih.
Kecanggihan pada rekaan dan fungsi bekas minuman ini membuatkan ia antara produk terlaris pilihan semua pemilik kucing. Tetingkap paras air direka berserta lampu LED bagi memberikan pencahayaan pada waktu malam. Kedudukan air yang mengalir pada bahagian atas Petal Top akan memudahkan si bulus menikmati air walaupun bekas ini tidak diaktifkan.
Tidak seperti bekas air lain, penggunaan Flower Fountain ini dapat menjimatkan masa dengan sekadar menukarkan penapis air untuk suatu tempoh yang tertentu. Tiada cucian kerap yang diperlukan. Selain daripada itu, ia menggunakan penapis Triple Action BPA bagi memastikan aliran air sentiasa bersih dan kedinginan air dapat dikekalkan.
Malah, bekas minum seperti Flower Fountain ini dapat membantu di mana setiap molekul air yang keluar dari sisipan bunga adalah air bersih yang disediakan untuk diminum oleh kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my