Bagi yang dah biasa masak sikit, bila nak masak dalam portion yang banyak terus rasa blank. Takut la pula nanti terlebih itu ke, terkurang ini ke, betul tak?

Yang mana tiba-tiba ada orang nak datang rumah waktu cuti, tak reti nak bajet makanan masak macam mana, boleh cuba resipi dari Latifah Karim ni. Tiru je semua, zupp zapp siap! Jom cuba. 

RESEPI NASI TOMATO by Cik Tipah
Untuk 20 orang makan

Nasi Tomato
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
9 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang
6 ulas bwg putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato
1/2 tin tomato puree
1 kiub ayam
1 biji tomato di potong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula

IKLAN

Cara masak nasi
#1 Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
#2 Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
#3 Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
#4 Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.

Ayam Masak Merah
1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Sos tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis

Cara memasak
#1 Gorengkan ayam.
#2 Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
#3 Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra.
#4 Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!

* Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami😍
* Kalau nak buat sikit kecikkan portion.
* Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni😜😜😜

Selamat mencuba!!!😊😊😊