Suatu ketika, pastry fruit cake ini pernah menjadi viral dan saat itu ramai warganet berkongsi resipi dan gambar di media sosial. Namun kini seakan kek ini sedikit tenggelam popularitinya dan terkini, digantikan pula dengan kek marble pelbagai corak yang memukau.
Pun begitu, sama ada kek marbel atau kek buah ada keenakan rasanya yang tersendiri. Jadi untuk yang telah lama tidak mencuba rasa Fruit Cake ini , apa kata kali ini sediakan sekali lagi untuk dihidang kepada keluarga tercinta.
Resipi bolehlah dirujuk daripada perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Dulu viral kek ni..Sekarang makin ramai lupakan dia..Sekarang zaman kegemilangan Kek Marble Jelita pula. Saje ungkit kisah lalu..supaya ramai tak lupa keenakan kek ni.
Saya share resepi yang saya guna. Resepi Asal Blogger Masakan Kak Azlita Masam Manis.Tapi ada sikit-sikit sahaja saya adjust dan ringkaskan penulisan resepinya.
Semoga bermanfaat.
Fruit Pastry Cake
Ads
Bahan A
100g Butter
160g Gula
60g Plain Yogurt
Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila
Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
**ayakkan
Cara-Cara
Bahan A dipukul sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan Bahan B. Telur dimasukkan satu per satu
Ads
3. Masukkan Bahan C. Putar bahan hingga sebati
4. Masukkan dalam loyang size 7X7 @ 8X8 inch yang telah dilapik baking paper.Saya guna 7X7 inch sebab suka tebal sikit keknya.
5. Susun buah-buahan yang telah dipotong. Buah-buahan yang boleh digunakan strawberry,blueberry,kiwi,peach,mulberi.
6. Bakar mengikut suhu oven masing-masing
Ads
Tips
Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar,setelah masukkan telur,jangan putar adunan terlalu lama.Sekadar adunan sebati sahaja
2. Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek
3. Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong telalu nipis atau terlalu tebal.
4. Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa plain.
Bila dah duduk rumah ni, macam-macam benda teringin nak makan, cuma rajin ke malas je nak buat!
Haaa yang mana tengah rajin tu, jom cuba buat takoyaki sendiri kat rumah! Senang je uolss, tak payah guna acuan bulat-bulat tu pun! Buat bulat sendiri je. Haaa tunggu apa lagi, jom cuba buat makan petang ni guna resipi dari Wan Muhammad Hafiz Satar ni!
Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU 😂😂😂. Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.
RESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU
Bahan-bahan adunan :-
1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
Bahan-bahan sos :-
Kicap
Gula
Air
Tepung jagung
*Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.
Bahan-bahan tambahan :-
Kobis (cincang halus)
Daun sup (cincang halus)
Cili merah (cincang halus)
Sosej (potong kecil)
Sotong (potong kecil)
Isi ketam (potong kecil)
Cara-caranya :-
1. Campurkan semua bahan adunan ke dalam bekas, gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan sekali bersama bahan tambahan kobis, daun sup dan cili. Gaul sebati bahan tersebut.
3. Ambil adunan tadi dalam portion yang kita inginkan, letakkan isi sotong, sosej atau ketam yang telah kita potong kecil di bahagian tengah. Bulatkan.
4. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang!
Untuk hiasan:
saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah. hehehe
Asyik makan lauk kuah santan, sup ayam atau masak sambal, apa kata buat masakan ala Thai. Barulah selera bertambah.
Tambahan pula sekarang ni tak digalakkan kerap keluar rumah. Jadi buat aje resipi lain dari lain supaya keluarga tak jemu.
Apa kata cuba resepi chicken mango ni. Rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah memang sekejap je habis dijamah keluarga. Nak ratah pun boleh!
Ikuti perkongsian resipi ni.
RESEPI CHICKEN MANGO PALING SIMPLE & SEDAP
I) UNTUK AYAM BAHAN-BAHAN
Isi ayam (bahagian peha / dada)
Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA
Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
Goreng hingga kekuningan(deep fry)
II) UNTUK SOS & DRESSING
BAHAN-BAHAN
Mangga muda
Carrot
Daun ketumbar
Sedikit bawang besar
CARA-CARA
Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.
III) UNTUK SOS
BAHAN-BAHAN
Plum sos
Sos tomato
Sos Thai
Gula
Cili api potong
Perahan jus limau nipis
Sedikit bijan (jika suka)
CARA-CARA
Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.
Boleh meleleh air liur dibuatnya bila membayangkan kesedapan saat menikmati mangga muda bersama asamnya.
Bulan puasa begini, mungkin ada yang mengidam untuk menjamahnya. Ayuh tunaikan keinginan selera anda dan tidak salah kiranya kali ini, anda sendiri hasilkan serbuk coleknya. Baru puas hati!
Oleh itu, dikongsikan bersama resipi serbuk colek untuk anda nikmati. Semoga perkongsian ini memberi satu lagi ilmu masakan buat anda semua. Selamat mencuba.
Serbuk colek
Bahan-bahan:
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
3 inci belacan
2 cawan gula pasir
Cara Buat:
1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.
2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.
3. Sedia untuk dimakan.
sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...