Memastikan kesegaran udara di dalam rumah perlu juga kita ambil berat untuk tujuan keselesaan kita seisi keluarga.
Di sini dikongsikan cara paling ringkas dan berbaloi untuk anda buat sendiri penyegar udara dengan bajet yang murah iaitu dengan menggunakan arang.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh puan Yatie Eimra ini. Jom semak.
Tip Hilangkan Bau Busuk, Hapak & Kedap
Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang² kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap..
Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama & rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham² ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap
Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada & sesekali terhidu juga bila angin sepoi² bahasa gitu. Heheh.. Banyak bahan² boleh diguna untuk kurangkan bau²an yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dll. Saya gunakan arang biasa je sebab murah & boleh dapat banyak. Boleh gak gunakan arang untuk bakar² (briquette) tapi harganya lebih mahal & ia gak cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis & buang bahagian berkulat & jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak² kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.
Arang Mengurangkan Masalah Bau
• Bau hapak/kasut lembap
Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) & masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang²
Ads
• Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari
Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil & bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang gak boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.
• Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk
Sebaik²nya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang dah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar
• Bau busuk dari tong sampah
Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..
• Bau hancing tandas
Ads
Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)
• Bau najis kucing/haiwan peliharaan
Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau
Sambil² gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau.
Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang & bahan² recycle je
Hari inilah hari yang paling istimewa buat warga Malaysia di mana diadakan Sambutan Kemerdekaan tanah air bagi meraikan detik bersejarah itu dan tahun ini ia merupakan tahun ke-66.
Selain dari sambutan di siang hari, malam tadi juga telah berlangsungnya malam ambang dan tanggal 31 Ogos yang disambut meriah pada setiap tahun.
Jadi, inilah masa untuk rakyat negara ini yang berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik serta kasih sayang terhadap negara.
Bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, semangat seorang warga emas, Jenny Lee, berusia 68 tahun berjaya menarik perhatian ramai seperti mana dikongsikan menerusi laman Instagram Bernama.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila Jenny Lee menyatakan dirinya sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri ke Dataran Merdeka bersama hiasan buatannya sendiri.
Malah, warga emas berbangsa Cina itu dilihat penuh semangat melaungkan kata-kata keramat iaitu Merdeka! sambil dilihat memakai kain batik.
“MERDEKA! Seorang warga emas berusia 68 tahun, Jenny Lee sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri bersama hiasan yang dibuatnya sendiri untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka hari ini,” tulis Bernama.
Rata-rata warganet tumpang gembira dan bangga dengan semangat patriotik yang dimiliki oleh warga emas tersebut kerana sanggup berjalan kaki melebihi 8km bagi menyambut Ambang Kemerdekaan bersama-sama di Dataran Merdeka.
Sumber: IG bernamaofficial via OhMyMedia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular di laman Tiktok apabila seorang wanita memuat naik video bersandingan. Apa yang menarik perhatian adalah suaminya yang duduk di Strecher sepanjang majlis itu.
Meskipun terlantar sakit di atas katil, pemuda itu kelihatan begitu gigih untuk tetap bersanding bersama pasangan yang setia menemani dirinya sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Seorang lelaki yang mengidap sakit kanser tahap empat naik pelamin dalam keadaan tidak mengizinkan mengundang sebak kepada tetamu yang hadir dalam majlis persandingan pasangan itu semalam.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Marsha, suaminya menghidap penyakit kanser Leiomyosarcoma tahap 4 dan tidak lagi mampu berjalan sejak bulan September yang lalu.
“Sejak bulan September, dia tak dapat berjalan disebablan kanser merebak ke tulang belakang.”
Kesediaan sebagai pasangan yang sanggup bernikah dengan suaminya itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang mendoakan pasangan ini agar sabar dan tabah dengan dugaan dan mendooakan kesembuhan bagi pengantin lelaki.
“Allahuakbar. Sebak rasanya melihat majlis perkhawinan Hashimi (pengantin lelaki) dengan keadaan tidak berapa sihat bersama pasangannya itu. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Semoga kekal hingga ke jannah dan diberi keajaiban untuk kesembuhan,” kata pemilik akaun TikTok tersebut menerusi kapsyen video.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan pasangan tersebut.
“Jika sudah ditakdirkan oleh Allah, mereka akan tetap bersama dan tiada siapa yang dapat melawan ketentuan daripadaNya. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan bahagia serta kekal hingga ke jannah,” ujar seorang pengguna.
“Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan. Hebatnya pengantin perempuan yang sanggup menerima seadanya dia (pengantin lelaki),” puji seorang lagi pengguna.
“Semoga adik cepat sembuh dan bebas daripada kanser serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen seorang pengguna lain di media sosial berkenaan.
Sememangnya jika sesiapa ada menanam pokok limau kasturi, bila berbuah memang lebat sampai tidak termakan dibuatnya. Jika dibiarkan begitu sahaja, tentu akhirnya akan busuk begitu sahaja.
Jadi apa kata anda buat seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Ain ini, memandangkan semasa tempoh PKP yang lalu dan musim hujan, pokok limau di rumahnya banyak berbuah. Biasanya hantar ke kedai kawan yang berniaga laksa dengan kantan dan kesum.
Oleh kerana kedai tutup maka limau kasturi banyak di rumah. Kantan dan kesum pun banyak tapi hari ni nak cerita perihal limau kasturi. Dah bagi jiran-jiran tapi masih banyak lagi. Setiap kali suami ke kebun akan bawa balik limau kasturi.
Nak elakkan dari limau rosak jadi jom kita buat kiub limau.
Guna loyang acuan talam je senang. Kalau tak ada boleh guna acuan ais kiub tapi susah sikit nak keluarkan. Mgkin boleh fikir cara lain. Nanti nak guna ambil saja kiub tersebut. Boleh buat air limau asamboi, masuk dlm siakap stim limau dan lain-lain
Saya biasa ambil 2-3 kiub tuang air panas sikit saja kurang dari 1/2 gelas. Minum lepas makan. Boleh bantu turunkan bacaan gula sebab saya ada diabetes.
Macam-macam boleh buat
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi cara lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti komen oleh Jamaliah Abdullah, “Buat jus cinta sis. Sedap. Limau tu di rebus sekejap dan keluarkan airnya. Sumbatkan asam boi. Smpn 2 bln dlm botoi..sedap buat minuman panas dan sejuk”
Tulis Kuali Mokde pula,“Tq share tipsnya tt.. Tak penah terpikir.. Selalu buah2 limau nipis dekat rumah.. Rosak mcm tu je..so lepas ni dh boleh buat kiub..”
Komen Zainuri Ayie pula, “Saya selalu beli limau kasturi untk buat detox, tips saya basuh bersih limau kasturi, then blend dgn kulit2 lepas tue letak dlm botol kaca hasil blend tdiw, simpan dlm peti ais… setiap pagi amalkan minum pati limau tdi yg dicampur dgn segelas air suam, smbil bekerja akn berpeluh… amalkan setiap malam sebelum tdo dan pagi sebelum sarapan, rasa dyea xberapa masam sb dh blend skali dgn kulit, Alhamdulillah berat trun dan always bertenaga… sekian”
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.