Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ads
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal.
Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Ads
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya.
Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Ads
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang ini boleh dikatakan mudah sangat anak-anak kita demam, batuk dan selesema. Bila ini berlaku, kita sebagai ibu akan berasa rungsing.
Apa tidaknya, melihat anak lesu tidak mermaya ditambah pula merengek dan menangis, semua ini boleh buat kita risau melihat keadaan anak.
Lalu kita mengharapkan agar suhu panas segera dapat diturunkan dan sekali gus anak kembali sihat dengan memberi makan ubat. Meskipun begitu, bagi membantu dan mengelakkan daripada demam mencapai suhu yang lebih tinggi, biasanya kita akan lap badan anak dengan tuala yang lembab. Bahkan ada sesetengah ibu tidak membenarkan anak mandi.
Pun begitu tahukah anda, petua untuk cepat turunkan suhu badan anak yang demam adalah dengan mandi! Bukan sekali malah 3 kali sehari.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Bila selsema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpa dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Mandi dia ada cara. Mulakan dari kaki dahulu, selepas itu badan jirus dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar, last sekali baru ke kepala.
Dah keluar bilik mandi lap hidung terlebih dahulu takut air masuk hidungkan nanti selsema pula.. inshaAllah akan baik.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon. Hiris-hiris selepas itu letak dalam tab mandi atau baldi.
Kredit : Kiyuka Hamid
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Anak adalah cerminan ibu bapa. Didikan ibu bapa yang sempurna dari segi akhlak, budi bicara dan sikap akan me pengaruhi cara pemikiran anak itu.
Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu yang terkejut apabila anaknya menunjukkan simpati kepada dirinya.
Hanya menyuarakan mempunyai masalah kewangan, anaknya sanggup memulangkan kembali duit belanja dan sanggup menahan lapar. Hakikat katanya, ia sekadar gurauan untuk mengelak anaknya membeli barang yang tidak perlu.
Malah sikap anak ini membuatkan warganet sebak melihat cara anak itu yang ingin membantu ibu bapanya.
Ikuti perkongsian ibunya yang terkejut dengan sikap prihatin anaknya.
RM3 mungkin nilai nya kecil bagi kita tapi sangat besaq untuk anak2. harini anak dara balik sekolah pulangkan balik duit rm3 ni dia cakap tak guna pun duit ni sebab adik tak oder makan kat sekolah. adik kesian dekat ibu dgn ayah takdak duit nanti. Allahh nakk, untuk anak2 ibu dgn ayah sentiasa ada duit sayang.
TAHAN LAPAR
dia sanggup tahan lapaq sebab nk simpan RM3 tu. tadi bila kawan2 lain tgh rehat, waktu makan dia buat kerja sekolah yg tak siap lagi dengan buat surat utk ibu dia cakap. adik tak tgk pun kawan2 makan sbb nanti adik terliuq pesan kt dia td jangan buat macam ni lg lepas ni. ibu dgn ayh tak pernah biaq bg anak2 lapaq. jangan simpan duit lg. ambik ja buat beli makan.
ANAK TERKESAN BIL IBU CAKAP TAK ADA DUIT
kisah nya, sebab petang smlm dia nak beli ‘slime’. ibu pun tak bg beli and cakap ibu takdak duit. (nak beli benda mengarut membazir). harini kita bg la duit belanja sekolah dkt dia, dia boleh pulangkan balik sebab nanti ibu dgn ayah takdak duit. anak ibu dah mula faham erti susah dan senang. sorry sayang sebab ibu tak bg beli smlm, kakak rasa macam tuu ibu & ayah sayang banyak dkt kakak and adik. biar susah senang kita sama2 & selalu ada. ambik la rm3 ni nanti pergi beli ‘slime’ ya nakkk.
Ibu doakan semoga anak anak ibu jadi insan yg berguna di kemudian hari & jadi anak yg soleh dan solehah. selamat belajar duhai anakku, semoga nur dhiazara qasrina terus maju jaya dan cemerlang dlm pelajaran serta mudah difahami apa yg cikgu ajar. lindungi anak anakku dari segala penyakit & merbahaya, sentiasa kau permudahkan segala urusan anak anakku dlm apa jua keadaan. aamiin
Suri suri ada anak macam ni tak ? anak umur 8 tahun, dah pandai faham apa yg kita lalui selama ni. touching sangat rasa harini menyesal pulakkk tak bagi dia beli apa yg dia nak semalam.
Sumber: Syuhada Yacob
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Ini Cara-cara Nak Masaknya
Resipi gulai tempoyak antara menu hidangan yang menjadi buruan ramai peminat durian. Biasanya pencinta buah durian bukan sahaja suka makan buah durian tetapi juga segala jenis menu berasaskan durian termasuklah tempoyak.
Jika selalunya kita makan gulai tempoyak telur itik yang dimasak di dalam kuah tempoyak, kali ini kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.
Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.