Pastikan Kentang Tersimpan Lebih Lama, Ini Cara Yang Sepatutnya Kita Buat

Share

Kentang memang sentiasa jadi pilihan kita setiap kali masak. Kalau kita perasan, macam-macam kegunaan kentang dalam menu harian. Tidak sebagai makanan tambahan dan aksesori, kentang ada masanya boleh bertukar menjadi menu utama. Tak gitu? Begitu juga rangkaian snek ringan berasaskan kentang yang semakin popular.

Selalunya setiap kali beli kentang, kita jarang beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.

Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?

Suhu Bilik
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.

Buang Kentang Busuk
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.

Jangan Simpan Dengan Bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.

Jangan Basuh
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.


Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?

Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.

Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.