Pastikan Bulu Kucing Lebih Lebat Dengan Makanan Yang Satu Ni, Memang Cantik, Jimat Pulak Tu!

Share

Sayang punya pasal, macam-macam perkara yang kita lakukan buat kucing kesayangan kita. Selain belikan makanan yang sihat dan berkhasit, membeli kelengkapan dan beberapa barang mainan antara salah satu perkara yang kita tak pernah lokek. Ibarat macam anak sendiri.

Tapi kalau dah namanya ‘anak’,  kenalah sediakan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesayangan kita yang satu ni. Memilih makanan yang baik dan berkualiti antara yang disarankan.

Tak hanya makanan yang dijual di pasaran, petua dan amalan tradisional juga boleh kita cuba. Salah satu cara mencantikkan bulu kucing yang dikongsikan oleh rakan kita yang menggelarkan dirinya sebagai Bapa Kucing di facebook ini boleh kita cuba.

Paling menarik sebab makanan yang digunakannya untuk mencantikkan bulu kucingnya memang tidak kita jangka. Jom ikut tipnya.

Cantikkan Bulu Dengan Kuning Telur
Menurutnya, caranya untuk mencantikkan bulu kucingnya adalah dengan memberi kuning telur setiap minggu. Memang gebu.

Bagi merawat dan melebatkan bulu kucing yang gugur, beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.

Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang.

Begitu katanya, mudah sahaja iaitu dengan menambahkan sedikit kuning telur dalam makanan kucing. Tambah berselera kucing kita
setiap hari. Silap-silap dia minta lagi dan lagi. Jadi jom cuba.

Selamat mencuba!

 

Kredit : bapa kucing