Dikurniakan dengan zuriat yang cerdik, bijak, pintar dan mendengar kata orang tua, pastinya menjadi suatu anugerah terindah dalam kehidupan ibu dan ayah. Setiap kali memandang wajah anak, ketenangan dapat dirasai.
Namun jiga berdepan dengan anak yang tidak mendengar kata tentunya membuatkan kita sebagai ibu bapa jadi stress. Sepatah kita cakap, sepuluh patah pula dia menjawab. Hal ini jika terus dijadikan tabiat, bimbang akan menjadi perkara biasa di masa akan datang. Jadi apa usaha kita untuk atasi masalah ini?
Tips yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini diharapkan dapat diamalkan olehibu dan ayah dalam usaha kita membentuk peribadi anak-anak yang baik, berakhlak dan mempunyai jiwa yang tenang. Selamat mencuba!
TIP NAK ANAK BAIK, HEBAT, CEMERLANG, SOLEH & MENDENGAR KATA
1. Pemakanan
Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan.
Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap.
Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2.Peluk anak
Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3.Menghadap Qiblat
Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Amalkan doa
Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Ada tanaman
Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6.Bekalkan supplemen
Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan ayat suci
Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
8. Pilih warna sesuai
Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Posisi tidur
Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10.Rezeki yang berkat
Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11.Baik pulih
Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.