Pasrah. Kenduri Kahwin Duda Anak Satu, Jadi Doa Selamat

Share

Siapa sangka perkahwinan yang bakal berlangsung dalam beberapa jam rupanya sebaliknya.

Tanpa disangka, pengantin difahamkan pengantin menghilang ketika majlis semakin menghampir. Bagaikan tidak logik dek akal, keputusan begitu dibuat beberapa hari majlis akan berlangsung.

Namun inilah realiti yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga duda berusia 28 tahun yang memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinannya terdahulu.

Dia terpaksa mengakui hakikat majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan sebaliknya bertukar menjadi kenduri doa selamat.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menerusi akaun miliknya, @keroll0907 dia berkongsi kisah dukanya. Namun dalam duka, dia tetap tersenyum. Bagaikan tidak mahu peristiwa itu menguasai dirinya, dia reda apa yang terjadi. Tabah dengan apa berlaku, semoga lelaki ini mendapat jodoh yang baik dan menyanyangi anak perempuannya itu.

“Majlis Kahwin saya buat doa selamat… Sepatutnya Tarikh bersanding 18 / 12 /2022
“Kami tidak bernikah kerana dia sudah memaklumkan lebih awal untuk menarik diri… cuma katering yang ditempah tidak dapat dibatalkan.”

“Kos majlis lebih kurang dalam RM20,000 kerana majlis kampung, jadi hari bahagia bertukar majlis doa selamat,”

Bakal isterinya tidak dapat menerima anak perempuan tunggal dimiliki pemuda berusia 28 tahun itu yang merupakan cahaya mata daripada perkahwinan pertama tiga tahun lalu.

Nidzam berkata, dia reda atas ketentuan Allah SWT apabila hasratnya untuk berkahwin buat kali kedua tidak kesampaian.

 

 

@keroll0907 Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat..jgn tanya pengantin perempuan mungkin salah 2 2 belah pihak..kita merancang YaAllah berikan kekuatan.. #teamduda ♬ Cukup Derita Itu – Siti Nordiana

 

 

@keroll0907 Papa muda.. #teamduda ♬ original sound – 𝑹𝒂𝒔𝒉𝒊e𝒅 𝑮𝒉𝒐𝒖𝒍 – عبد الرشيد

WARGAMAYA TITIP DOA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberikan respon memberikan kata-kata semangat. Mereka mendoakan juga supaya pemuda berkenaan dikurnikana jodoh yang lebih baik.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club