Pasangan Yang Masih ‘PJJ’, Elok Dengar Apa Kata Kaunselor Keluarga & Perkahwinan Ni!

Share

Perkongsian daripada Puan Normaliza Mahadi yang juga merupakan seorang Kaunselor Keluarga dan Perkahwinan ini elok juga difahami.

Kali ini beliau menyentuh tentang pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan di antara satu sama lain.

Jom semak artikel penuh daripadanya.


Jangan tinggal PJJ dengan suami/isteri. Jika keadaan memerlukan PJJ, maka satu pihak perlu berhenti kerja dan mengikut pasangan yang lebih stabil. Tak kira sama ada suami/isteri.

Makanya, sewaktu nak kahwin pastikan hidup mencukupi jika hanya ada satu sumber pendapatan sahaja. Jadi jika kena tukar atau tak dapat tukar atau perlu ikut pasangan sangat mudah. Kerana hanya seorang sahaja yang perlu bekerja untuk menanggung keluarga.

Tapi tapi … kalau pasangan tinggalkan saya, macamana? Saya dah tak kerja!!

Rezeki daripada Allah. Allah tahu nak bagi rezeki macamana. Itu kerja Allah tak payah fikirkan.

Pasangan yang dah berakad perlu tinggal bersama. Jauh-jauh sampai berpuluh tahun kenapa? Kahwin hari itu untuk bersatu membina kehidupan dan keluarga kan? Jadi, tinggallah sekali.

Hiduplah seadanya aje. Jangan berhutang keliling pinggang. Pantang ada benda boleh beli secara hutang, semuanya nak! Sampai kukus pun nak berhutang.

Hidup kejap aje tak berbaloi kejar macam nak tercabut nyawa.

Dah kahwin, duduk sekali. Susahlah sama-sama. Kalau kena naik motor sebab memang tak cukup nak beli kereta, so naiklah motor. Motor lagi romantik. 3 jam perjalanan, 3 jam berpeluk!

Saya menentang perkahwinan jarak jauh. Say NO to PJJ.

Sumber : Normaliza Mahadi