Pasangan yang berkahwin ketika lewat usia biasanya lebih ‘sweet’ dan tidak banyak ‘drama.’ Di kalangan golongan veteran, perkahwinan juga boleh menjadi pilihan yang bermakna. Pendek kata perkahwinan bukanlah hak eksklusif golongan muda sahaja.
Pada usia sebegini, pemilihan pasangan tidak bergantung kepada nafsu ‘hormon’ malah lebih terbuka kepada faktor tanggungjawab. Kebanyakan pasangan yang berkahwin dalam usia ’emas’ mahu lebih fokus membina hubungan dan memori sepanjang hidup bersama.
Tahniah buat kedua mempelai, Sabri Yunus dan Angelina Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan. Semoga ikatan dipenuhi dengan kebahagiaan. Saya doakan bahtera yang dilayari mereka berdua penuh keberkatan dan berlabuh ke syurga di akhirnya.
Kebetulan, saya sedang melayan series Young Sheldon. Suka betul saya dengan hubungan Meemaw dan Dr John Sturgis. Pasangan veteran yang sweet. Saling menerima kekurangan dan saling meraikan perbezaan.
Tiada Masa Nak Buat Drama, Sweet Sangat!
Saya perhatikan, pasangan veteran ini dia punya sweet itu lain maciam. Teori saya, mungkin sebab mereka;
1) Sudah ada pengalaman tangani hubungan suami isteri masa muda dulu
2) Sudah selesa dan stabil. Sebab anak-anak dah besar. Bonus bila dah bersara; dah tak perlu lalui struggle bina kerjaya.
Ads
3) Kebanyakan perhubungan bermula sukar sebab nak ‘fit in’ dengan sikap pasangan yang trigger childhood trauma. Bila sudah berusia, ramai yang sudah berjaya melepasi fasa ‘healed’. Bila healed, makin kurang konflik.
Semoga kita dan pasangan kita juga akan melalui fasa kebahagiaan sebagaimana yang diimpikan. Yang penting, setia till jannah, Insya Allah.
Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan warga emas untuk mengikat tali perkahwinan pada usia yang lebih matang. Ini juga membawa pelbagai keistimewaan serta cabaran yang perlu dihadapi.
Keistimewaan Perkahwinan di Kalangan Warga Emas
Kekal Aktif dan Sihat: Perkahwinan di usia emas dapat memberikan kekuatan motivasi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal. Pasangan yang berkahwin boleh bersama-sama menjalani gaya hidup aktif dan sihat.
Sokongan Emosi: Dalam usia emas, seseorang mungkin menghadapi kehilangan sahabat-sahabat rapat atau ahli keluarga. Pasangan hidup menjadi sumber sokongan emosi yang penting dalam mengatasi kesepian dan kematian yang mungkin berlaku di sekitar mereka.
Ads
Kepuasan Emosi: Perkahwinan pada usia yang lebih matang sering kali berdasarkan kesedaran yang lebih mendalam tentang diri sendiri dan keperluan emosi. Pasangan warga emas cenderung lebih stabil dan matang dalam hubungan mereka.
Kemahuan Bersama: Pasangan warga emas mungkin lebih serasi dalam mencapai matlamat bersama dan mengejar hobi serta minat yang sama. Ini membantu mereka menjalani pensiun yang bermakna.
Cabaran Perkahwinan di Kalangan Warga Emas
Kesihatan: Pasangan warga emas mungkin menghadapi cabaran kesihatan yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka. Penjagaan kesihatan yang berterusan dan kesediaan untuk menghadapi masalah kesihatan adalah penting.
Kewangan: Warga emas sering mencari kestabilan kewangan, dan perkahwinan pada usia emas mungkin melibatkan isu-isu kewangan. Perancangan kewangan yang bijak menjadi penting untuk memastikan kesejahteraan ekonomi.
Ads
Keluarga dan Ramai: Pasangan warga emas mungkin memiliki anak-anak dan cucu yang memerlukan perhatian dan sokongan. Menjaga keseimbangan antara perkahwinan dan tanggungjawab keluarga menjadi cabaran tersendiri.
Kesedaran Sosial: Masyarakat mungkin memandang rendah atau mempersoalkan pasangan warga emas yang berkahwin. Pasangan ini perlu bersedia menghadapi persepsi sosial dan mengekalkan keyakinan dalam pilihan mereka.
Perkahwinan di kalangan warga emas boleh menjadi pengalaman yang membawa kebahagiaan dan makna dalam hayat mereka. Bagaimanapun, ia juga boleh mencabar pasangan tersebut dengan pelbagai cabaran.
Kunci kejayaan adalah komunikasi yang baik, sokongan gegar, dan kesediaan untuk bersama-sama mengatasi cabaran yang datang seiring dengan usia.
Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bulan lalu, banyak sekolah yang meraikan hari istimewa ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah tema kerjaya.
Pada hari tersebut, anak-anak bebas untuk memilih kerjaya yang mereka sukai dan harus memakai pakaian mengikut tema tersebut. Ada yang memilih kerjaya sendiri, malah ada yang menjadikan kerjaya ibu ayah mereka sebagai inspirasi.
Sama seperti anak ini yang memilih untuk menjadikan kerjaya ayahnya sebagai tema kerjaya pilihannya.
Perkara ini dikongsikan oleh ayahnya sendiri, Mohd Anuar di laman Tiktok miliknya yang dari awal menyuruh si anak untuk memilih pakaian seragam atau kerjaya lain, tetapi anaknya tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan.
“Hari kanak-kanak sedunia. Tema kerjaya.
“Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” tulisnya di ruanga kapsyen perkongsian tersebut.
Jika diteliti pada ‘kostum kerjaya’ yang dipakai, bapanya merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.
Malah, anaknya juga turut mengatakan bahawa kerjaya ayahnya ini sumber kepada rezeki mereka sekarang.
“Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….” tambahnya yang memuat naik beberapa foto anaknya yang lengkap berpakaian sama seperti dirinya ketika bertugas.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji cara didikan si ayah yang berjaya mendidik anak yang baik pekerti seperti ini. Tak kurang juga pujian yang diberikan kepada si anak kerana tidak memandang kerjaya.
Balang dan botol berkaca ada banyak kegunaannya pada kita di masa akan datang. Jika tidak digunakan menyimpan barangan lain, ada manfaatnya untuk kegunaan harian. Jadi janganlah terus dibuang, sebaliknya simpan.
Pun begitu, balang dan botol kaca seperti balang kuih muih serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan. Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang
berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tatkala kanak-kanak lain seusianya bebas berlarian ke sana ke mari bersama teman lain, si kecil ini hanya mampu memandang. Bukan sahaja tidak boleh turut serta, malah dia juga tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak boleh menggaru dan tidak boleh tergeser dengan apa jua barangan termasuk pakaian dan mainan, jika tidak kulitnya akan terluka, melepuh dan tertanggal.
Itulah penderitaan yang terpaksa dilalui Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurari, 6, yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak dilahirkan. Lebih menyedihkan, penyakit yang ditanggung kanak-kanak itu dipercayai belum ada penawar untuk menyembuhkan selain doktor turut mengesahkan ia akan berlarutan sepanjang hayatnya.
Ibu Muhammad Faris, Norazilawani Zi, 36, berkata pada awalnya anaknya itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya yang songsang, namun sebaik sahaja dilahirkan, kaki kanan anaknya didapati tidak mempunyai kulit sehingga kelihatan urat-urat daripada lutut hingga ke kaki dan doktor mengesahkan ia disebabkan penyakit EB.
Katanya keadaan kulit anak sulung daripada dua beradik itu terlalu sensitif menyebabkan anaknya itu hanya mampu berkurung di dalam rumah hampir setiap masa bagi mengelakkan kulitnya terluka.
“Pada awalnya masalah itu hanya dapat dilihat di bahagian kaki anak saya sahaja namun semakin hari semakin teruk sehingga hampir keseluruhan badannya. Ia bukan hanya menjejaskan kulit luaran yang luka teruk dan gelembung air, malah kini bahagian dalamannya juga mudah terkoyak termasuk gusi yang menyukarkannya untuk makan. “Malah matanya juga kini bermasalah, selain kesemua kuku kaki dan tangannya juga gugur ketika Muhammad Faris Amsyar berusia setahun lebih, dia juga dijangka akan menjalani pembedahan pada Feb tahun depan bagi membuang sebahagian giginya yang rosak dan rapuh untuk mengelakkan jangkitan kuman,” kata Norazilawani ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Norazilawani berkata bagi menumpukan perhatian sepenuhnya dan memberi penjagaan rapi kepada Muhammad Faris Amsyar, beliau nekad untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans sejak lima tahun lepas. “Namun sejak setahun yang lepas, saya mula membuka gerai jualan makanan ringan berhampiran rumah untuk menampung keperluan Muhammad Faris Amsyar dengan pendapatan harian sekitar RM50 selain bergantung kepada pendapatan suami Mohd Zurari Rosli, 37, yang tidak menentu sebagai buruh kasar iaitu RM100 sehari.
“Kos yang perlu diperuntukkan untuk penjagaan Muhammad Faris Amsyar mencecah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kelengkapan mencuci lukanya selain susu khas yang berharga RM118 bagi satu tin yang hanya mampu bertahan untuk dua minggu,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153104196259 milik Norazlinawani Zi atau menghubunginya di talian 0199443559.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...