Nak menyatukan dua jiwa dalam satu akad perkahwinan itu tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Pelbagai proses perlu dilalui dan mengambil masa paling cepat sebulan untuk selesaikan segala borang. Jika tersilap, mungkin ikatan itu berisiko untuk dibubarkan oleh kerana tidak menepati syarak.
Begitulah situasi yang menimpa suami isteri ini selepas dikongsikan seorang ustaz yang bekerja sebagai pendaftar nikah.
Menerusi perkongsian tokadi_hipster di laman TikTok, kisahnya bermula apabila dia didatangi oleh satu pasangan yang meluahkan hasrat untuk bernikah semula. Mungkin disangka pernah berpisah, rupanya pernikahan mereka selama 34 tahun diputuskan tidak sah oleh hakim gara-gara menggunakan wali bukan warganegara.
Pada masa sama, si isteri juga akui bapanya masih lagi hidup cuma tidak merestui perkahwinan kerana mereka ingin berpoligami. Mendengarkan perkara tersebut, lelaki berkenaan mula berasa terkejut selain terkenang nasib anak-anak pasangan itu.
Bagaimanapun, dirinya tetap sahaja hulurkan bantuan selain memberikan nasihat agar tidak pandang mudah tentang wali nikah.
@tokadi_hipsterTolong lah jangan main2 bab wali ! 🫤
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan situasi yang melanda kepada individu tersebut. Malah, ada yang bersimpati kepada nasib anak-anak.
Sumber : tokadi_hipster
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI
!