Nak menyatukan dua jiwa dalam satu akad perkahwinan itu tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Pelbagai proses perlu dilalui dan mengambil masa paling cepat sebulan untuk selesaikan segala borang. Jika tersilap, mungkin ikatan itu berisiko untuk dibubarkan oleh kerana tidak menepati syarak.
Begitulah situasi yang menimpa suami isteri ini selepas dikongsikan seorang ustaz yang bekerja sebagai pendaftar nikah.
Menerusi perkongsian tokadi_hipster di laman TikTok, kisahnya bermula apabila dia didatangi oleh satu pasangan yang meluahkan hasrat untuk bernikah semula. Mungkin disangka pernah berpisah, rupanya pernikahan mereka selama 34 tahun diputuskan tidak sah oleh hakim gara-gara menggunakan wali bukan warganegara.
Pada masa sama, si isteri juga akui bapanya masih lagi hidup cuma tidak merestui perkahwinan kerana mereka ingin berpoligami. Mendengarkan perkara tersebut, lelaki berkenaan mula berasa terkejut selain terkenang nasib anak-anak pasangan itu.
Ads
Bagaimanapun, dirinya tetap sahaja hulurkan bantuan selain memberikan nasihat agar tidak pandang mudah tentang wali nikah.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Majlis perkahwinan merupakan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Selain melihat penyatuan dua insan yang baru mendirikan rumahtangga, di sinilah selalunya keluarga dan sanak saudara akan bertemu dan berkumpul.
Sampai riuh rendah dibuatnya dengan usikan mereka terutamanya kepada pengantin baru. Pada majlis inilah sanak-saudara akan bergabung tenaga untuk memastikan majlis yang diadakan akan terlaksana dengan jayanya.
Selain itu, seperti sudah menjadi kewajiban apabila tema ditetapkan untuk majlis istimewa ini. Pelbagai tema ditetapkan bagi manjadikan majlis kelihatan gemilang dan sejuk dipandang terutaman dalam lensa kamera.
Seperti yang acapkali dilihat, pelbagai tema warna ditetapkan untuk sesebuah majlis perkahwinan namun majlis yang satu ini sangat meraih perhatian terutamanya setelah di muatnaik di laman TikTok.
Dalam video yang berdurasi 36 saat yang di kongsi oleh seorang jurugambar yang bernama Fitrin Ruslee memperlihatkan keunikan satu majlis perkahwinan yang diadakan di Raosa Hill, Ipoh yang serba serbi putih dari pasangan pengantin hingga ke para tetamu yang hadir. Malahan, jurugambar turut mengenakan baju putih demi menepati tema yang ditetapkan oleh tuan majlis.
Paling menarik apabila melangkah sahaja ke majlis ini, ia kelihatan seperti di perkampungan bunian kerana pemakaian tema putih ini bukan sahaja dipakai oleh ahli keluarga tetapi seluruh penduduk kampung di situ.
Kebiasaannya, majlis perkahwinan pengantin membenarkan para tetamu untuk berpakaian bebas asalkan sopan. Tetapi di majlis ini, semua penduduk sepakat untuk berpakaian serba putih. dan menjadikan majlis ini sangat istimewa dan lain dari yang lain.
Pemilihan tema ini turut menunjukkan keharmonian dan kemesraan dalam keluarga dengan penduduk kampung dalam menjayakan majlis perkahwinan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup padat dan jelas kupasan yang diberikan oleh Tuan Haji Ariffin Sabirin ini berkenaan status emas yang dihadiahkan oleh suami.
Jadi bolehlah dibaca untuk info bersama.
APAHAL PULAK SUAMI NAK TUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS YANG TELAH DIHADIAHKAN KEPADA ISTERINYA ?
Soalan ini ditanya kepada saya. Pelik juga bunyinya. Kenapa pulak suami ni bersungguh-sungguh nak menuntut haknya ke atas barang kemas yang pada awalnya dia dah hadiahkan/hibahkan kepada isterinya? Mungkin masa beri barang kemas tu couple ni loving loving tapi sekarang dah hating hating kot. ish ish ish pelik2 orang sekarang ini.
Saya tidak tahu dari mana sumber soalan ini namun saya hanya akan ulas setakat pengetahuan saya sahaja. Mungkin ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kita meraikan pandangan semua pihak kerana isu ini ialah isu khilaf. Tiada jawapan betul atau salah.
SUAMI MEMBERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERINYA.
Mengikut urf ( adat ) setempat di Malaysia, apabila suami memberikan barang kemas contoh gelang emas kepada isterinya, ia lebih bersifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’.
Suami menghargai segala pengorbanan yang dibuat isterinya sepanjang perkahwinan ( ini hadiah) atau memberi gelang emas itu sebagai tanda kasih sayangnya kepada isteri ( ini hibah). Jadi bergantung kepada niat pemberian itu, ia menjadi hadiah atau hibah. Ke ada juga suami yang beri barang kemas kepada isteri dengan niat gelang emas itu milik bersama ? Tak kot…
Apabila kita memberi hadiah / hibah kepada isteri atau kepada sesiapapun , rasanya tidak wujud langsung sebarang niat dalam hati kita untuk menuntut semula hak kita ke atas hadiah / hibah itu.
Sifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’ itu sendiri menunjukkan bahawa kita sebagai pemberinya sudah melepaskan hak kita ke atas barang kemas itu dan penerima hadiah atau penerima hibah itulah yang berhak 100% ke atas barang kemas itu.
Sangat jarang suami memberi gelang emas kepada isteri dengan niat untuk menuntut semula haknya ke atas gelang emas itu selepas isterinya mati atau mereka bercerai.
SUAMI BERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERI SEBAGAI MANIFESTASI TANGGUNGJAWABNYA ?
Ada pandangan lain pula mengatakan tanggungjawab suami ialah untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuannya. Jadi apabila dia berkemampuan, dia membeli barang kemas berharga puluhan ribu RM dan menghadiahkan/menghibahkan barang kemas itu kepada isterinya. Itupun menjadi salah satu cara dia menafkahkan isterinya.
APA KEDUDUKAN JIKA SUAMI MEMBERI DUIT KEPADA ISTERI DAN ISTERI MEMBELI BARANG KEMAS MENGGUNAKAN DUIT ITU?
Tindakan suami memberi duit kepada isteri juga boleh jatuh di dalam dua kategori iaitu sama ada hadiah atau hibah. Maka ia adalah milik mutlak isteri. Ini bermakna apabila isteri membeli barang kemas menggunakan duit itu, barang kemas itu juga merupakan milik mutlak isteri.
SO BOLEH TAK SUAMI NAK MENUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ISTERINYA ?
Tuntutan harta sepencarian boleh dituntut dalam tiga keadaan iaitu iaitu apabila pasangan itu bercerai mati atau bercerai hidup atau apabila suami ingin berpoligami ( sudah berpolligami ).
Dalam kisah ini, suami yang ingin menuntut hak harta sepencarian terhadap barang kemas yang telah dihadiah/dihibahkan kepada isterinya. Ini bermakna tuntutan itu dibuat dalam keadaan sama ada pasangan ini bercerai mati atau bercerai hidup.
Saya merujuk kepada beberapa orang pakar dalam hukum syarak dan undang2 berkaitan harta sepencarian bagi mendapat jawapan kepada soalan yang ‘tricky’ ini.
Pada pandangan peribadi saya ( orang lain mungkin ada pandangan berbeza ), oleh kerana niat pemberian si suami pada asalnya ialah hadiah / hibah, maka agak sukar untuk suami menuntut hak harta sepencarian ke atas barang kemas yang telah diberinya kepada isteri.
Kecualilah jika wujud akad antara pasangan tadi yang mana suami menzahirkan bahawa barang kemas yang dibelinya itu boleh dipakai oleh isteri tetapi ia tetap milik bersama dan isteripun bersetuju dengan akad itu. ( Ada ke ?)
Kalau akad di atas tidak wujud, ia bermakna bila isteri mati, barang kemas itu menjadi harta pusaka yang berhak dituntut waris mengikut hukum faraid. Tetapi jika isteri semasa hidupnya / sebelum bercerai telah menghibahkan barang kemas itu kepada anak-anaknya dan suami yang tahu tentang hibah tersebut tiada apa-apa halangan isteri bertindak begitu, maka dia boleh dianggap telah melepaskan segala haknya ke atas barang kemas itu.
SO ISTERI YANG TERIMA BARANG KEMAS DARI SUAMI CEPAT2LAH HIBAHKAN KEPADA ANAK DAN BUATLAH HIBAH ITU DALAM KEADAAN SUAMI TAHU SUPAYA DIA TAK BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ITU !
Apapun tiada halangan untuk suami tadi memfailkan tuntutan harta sepencarian ke atas barang kemas itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Dia bolehlah berhujah bahawa niatnya memberikan barang kemas itu bukanlah sebagai hadiah / hibah. Biarlah Mahkamah Syariah memutuskan. Ini hanya pandangan peribadi saya yang mungkin salah.
HEI SI SUAMI …
Awatlah hang ni buruk siku sangat. Kalau dah hadiah / hibah gelang emas tu, dah serah hak kepada isteri sebagai penerima hadiah / hibah tu, maka habislah cerita. Yang hang nak dok tuntut lagi awat ? Loghatlah laki macam ni. Malulah wei….
Mari siapkan anak-anak untuk Sesi Persekolahan Tahun Baru 2019 Tahun baru, Harapan Baru. Banyak yang ibubapa boleh lakukan untuk persediaan anak-anak memasuki sesi persekolahan dengan lebih tenang. Purata keluarga muda di Malaysia adalah lebih kurang 3 orang anak-anak yang bersekolah ke tadika taska dan seumpama dengannya.
Ada yang darjah 4, ada yang darjah 2, dan ada yang masih di tadika. Apa pun situasi ibubapa, ada beberapa perkara yg boleh dilakukan.
Siap sedia ke sekolah
1. Kaitkan Indahnya Alam Persekolahan
Jangan sesekali kita katakan ‘Macamana ini nak pergi sekolah’, ‘Ayah mama tidak ada, abang kena pandai beli sendiri makanan!’ Bertambah teruk lagi dengan nada yang cemas
Kaitkan dengan aktiviti menarik pergi sekolah. Cikgu Baru Kawan baru ‘Nak buat projek apa kat sekolah ya’. Makanan yang boleh dibeli di kantin sekolah. Atau Ibu siapkan bekalan untuk adik pergi sekolah
2. Tunjukkan semangat gembira kita
Sokongan kita untuk anak-anak ke sekolah. Kita terlibat sama dalam hal ni Jom kita sediakan kasut, buku-buku.
Bila nak balut buku-buku ini Sarung kaki kita masih ada atau nak kena beli yang baru? Baju sekolah, kalau masih elok boleh pakai lagi. Beli baju baru sebagai tambahan sahaja. Akhir-akhir tahun mungkin akan dapat lebih banyak diskaun, tetapi tidak banyak pilihan saiz.
3. Sama-sama siapkan beg sekolah,
Semak alatulis anak, bilang berapa bawa ke sekolah, pastikan nanti bawa balik juga, kecenderungan untuk hilang barang agak tinggi. Pesan kepada anak-anak jaga barang kita dengan baik. Habis guna simpan, bilang dah cukup belum. Tanamkan semangat sayang barang-barang kita, jaga dengan baik. Langkah berjimat cermat.Hilang nanti kena beli lagi.Rugi.
4. Bincang bersama anak-anak
Botol air dan bekal makanan, seeloknya kita labelkan supaya tidak tertukar ataupun anak boleh label sendiri guna sticker buat sendiri.
5. Ayah dan ibu tunjukkan riak muka ketenangan. Agar anak dapat merasa ketenangan bila ke sekolah juga.
Elakkan kekecohan pagi nak kesekolah:
Mana kasut abang? Mana kasut adik? Sarung kaki semalam di mana ya?
Tanya dengan baik, bukanya seperti hendak sergah, geram dan kecewa. Nada suara membimbing dan ajak berfikir dalam menguruskan diri. Baju-baju juga sudah siap digosok semalam. Bertingkah laku setenangnya agar dalam semua situasi dapat di selesaikan dengan setenang-tenangnya. Anak sentiasa melihat dan akan terikut tanpa sedar.
6. Rancangkan agar anak dapat rehat sepenuhnya,
1-2 hari sebelum ke sekolah. Mulakan dengan diri yang sihat, minda yang derdas dan badan yang sihat. Usahakan untuk satu permulaan yang terbaik dan yang dirancang. Semoga menjadi rutin berkekalan. Sekiranya tidak berlaku yg terbaik, sekurang-kurangnya persediaan telah dilakukan.Tawakkal Allah
7. Doakan anak-anak untuk berjaya,
Bina harapan, kongsi pengalaman, ajak anak berkongsi kerisauan, kegembiraannya agar sentiasa anak rasa kita sentiasa ada dekat untuk mereka. Walaupun ayah dan ibu seorang yg sibuk,mengalahkan menteri.
Selamat mencorak bahagia bersama anak-anak. Mereka kecil hanya sekali…
Bila dah besar semuanya sudah berlalu. Pilihan dalam genggaman kita..
KECEMERLANGAN AKAL BUDI DAN JIWA PERKASA BERMULA DARI RUMAH KITA…