Sedang antara kita begitu teruja untuk memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung dengan menggunakan lebuh raya di seluruh negara bersempena cuti panjang bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Namun baru-baru ini juga kita telah dikejutkan dengan kes kemalangan jalan raya yang dasyat.
Kes kemalangan treler yang hilang kawalan dan terbakar. Kejadian ngeri ini berlaku berhampiran susur masuk Plaza Tol Port Dickson (Arah Selatan) dan menyebabkan pasangan suami isteri terkorban.
Memetik portal Kosmo Online, Ibu Mazlan, Mariam Kassim, 69 memaklumkan bahawa anak keduanya itu sudah 12 tahun berkahwin namun tidak mempunyai zuriat. Tambahnya lagi berkenaan pekerjaan menantunya pula, sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak namun berhenti kerja. Susulan daripada itu, mereka isterinya sering menemani suaminya berkerja dengan menaiki treler untuk menghantar barangan terpakai.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Difahamkan juga kali terakhir ibunya berjumpa dengan anaknya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Ketika itu dia pulang ke rumah di Felda Palong 2, Jempol. Dia ada berikan duit kepada saya dan anak-anak saudaranya. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.
“Saya tahu dia sering bawa isterinya ke mana-mana kerana isterinya tidak bekerja dan dapat menemani dia menghantar barangan.
“Isterinya sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak, namun berhenti kerja dan sering mengikuti Mazlan menaiki treler untuk menghantar barangan,” katanya lagi.
Sementara itu, abang mangsa, Yaakob Molot, 51, yang juga seorang pemandu lori memaklumkan pihak syarikat tempat adiknya bekerja ada menghubungi bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.
“Saya dimaklumkan dia baharu bekerja di syarikat treler tersebut yang menghantar barangan kitar semula. Kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi,” katanya lagi.
Yaakob memaklumkan, pihak hospital akan mengambil sampel DNA ahli keluarga bagi mengesahkan identiti kedua-dua mangsa.
“Tidak tahu sama ada hari ini atau esok baharu boleh membawa pulang jenazah Jenazah dijangka dikebumikan selepas keputusan di Kampung Sungai Siput, Lubuk China, Melaka,” katanya.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club