
Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Sumber : Alhijrah Online
Risau Anak Remaja Tengok Video Bukan-Bukan? Kawal Mereka Dengan 5 Cara Ini!

Aplikasi YouTube nampaknya sudah mulai digunakan masyarakat seluruh dunia tanpa mengira umur. Pelbagai konten yang telah disajikan untuk tontonan pelbagai lapisan umur.
Majoriti pengguna didapati melayari aplikasi YouTube menggunakan peranti telefon pintar. YouTube turut melancarkan versi tempatan di lebih 100 buah negara serta boleh diakses dengan 80 bahasa yang berlainan. Berdasarkan portal Silver Mouse, anggaran pengguna YouTube di Malaysia ialah 20 juta orang serta lebih daripada 90% adalah remaja belasan tahun.
Malahan, kanak-kanak juga boleh mengakses konten di YouTube tanpa sebarang halangan. Hal ini sangat membimbangkan kerana mereka boleh terpengaruh dengan konten yang dilihat melalui platform. Ini antara cara kawal video YouTube daripada tontonan kanak-kanak.
1. Aktifkan Restricted Mode
Sebuah lagi cara kawal video YouTube adalah dengan mengaktifkan YouTube Restricted Mode. Fungsi ini direka untuk menapis pelbagai konten yang tidak sepatutnya dengan menggunakan penapisan automatik dengan melihat metadata, tajuk video serta bahasa yang digunakan dalam video. Video yang telah ditandai sebagai tidak sopan oleh pengguna lain juga tidak akan dipaparkan ketika menggunakan restricted mode.
Fungsi ini digunakan dikhususkan untuk usia remaja. Apabila anda mengaktifkan restricted mode, anda tidak akan dapat melihat komen-komen yang dibuat di video yang telah ditonton. Tambahan pula, mod ini boleh berfungsi sama ada di laman web atau aplikasi tetapi anda perlu mengaktifkan setiap kali anda guna di lain peranti atau laman browser.
Moderator YouTube turut membuat pemerhatian untuk tapisan secara manual bagi setiap konten yang telah dilaporkan sebagai tidak bersesuaian untuk remaja. Fungsi ini dicipta khusus untuk mengehadkan pengalaman penggunaan YouTube.
Sebahagian konten tidak boleh ditonton dan memerlukan kepastian umur sebelum boleh diakses. Jadi, anak-anak hanya boleh menonton video yang telah dicadangkan oleh YouTube melalui tapisan konten yang dibuat.
Ini cara-cara untuk menghidupkan atau mematikan fungsi Restricted Mode.
Melalui peranti anda, buka aplikasi Family Link.
Pilih Manage Settings > Filters.
Tekan Youtube
Pilih untuk hidupkan atau matikan “Restricted Mode“
2. Pasang fungsi supervise account
YouTube telahpun melancarkan fungsi terbaru iaitu supervise account. Syarikat ini telah menyatakan fungsi ini boleh mengehadkan kemampuan anak-anak untuk mengakses konten di YouTube dengan akaun khusus Google.
Ibu bapa boleh buka supervise account khusus untuk pantau melalui aplikasi Google Family Link. Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menyekat akses di pelbagai platform, mengawal masa skrin, menapis laman web dan banyak lagi.
Para ibu bapa boleh membuka akaun supervise account di telefon pintar atau laptop yang baru dibelikan untuk anak-anak. Fungsi baru ini turut boleh memberi autoriti pada ibu bapa untuk memilih tiga tahap yang berbeza bagi mengakses konten di Youtube.
Pada peringkat pertama, kanak-kanak yang telah berusia dari 9 tahun sehingga 12 tahun boleh menggunakan mod “Explore” di mana mereka boleh menonton konten video yang lebih luas bersesuaian termasuk vlogs, tutorial, permainan video, klip lagu dan pendidikan.
Seterusnya, kanak-kanak yang di dalam likungan umur 13 tahun dan ke atas boleh menggunakan mod “Explore More”. Konten koleksi video yang boleh ditonton lebih luas termasuk menonton strim secara langsung.
Akhir sekali, peringkat umur yang lebih matang boleh menggunakan mod “Most of the YouTube”. Mod ini membenarkan anak-anak menonton hampir ke semua konten Youtube kecuali video yang mempunyai kandungan had umur yang tidak sesuai untuk penonton bawah 18 tahun.
Berikut merupakan cara kawal video YouTube melalui aplikasi Family Link.
Masuk ke dalam aplikasi Family Link.
Pilih akaun anak anda.
Tekan Manage Settings.
Klik Settings di Youtube dan ikut arahan yang diberikan.
Ini cara untuk menyemak kandungan yang dilihat oleh anak-anak
Dari peranti anak anda, lawati halaman My Activity page.
Pilih “YouTube History“.
Tekan “Manage activity“
Skroll semua aktiviti yang lepas.
3. Buat playlist video
Walaupun, YouTube telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membendung sebanyak mungkin konten yang tidak bersesuaian bagi keselesaan anak-anak anda.
Perkara ini telah menyulitkan pihak YouTube untuk menapis setiap video yang telah dimuat naik dan mungkin ada konten yang telah terlepas pandang kerana tapisan dibuat secara skala besar. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil langkah lain untuk memastikan persekitaran konten video anak-anak dijaga dengan selamat.
Hal yang demikian, ibu bapa boleh memainkan peranan penting dengan memcipta playlist video yang telah dipilih secara cermat untuk anak-anak. Proses pemilihan video akan mengambil masa yang agak lama tetapi ia sesuatu yang berbaloi.
Ini usaha yang sangat efektif bagi memastikan anak-anak anda hanya menonton konten playlist yang telah dibuat. Jika anda ingin menambah atau mengurus konten baru pada playlist, prosesnya sangatlah mudah dan dengan hanya menekan butang “Save” boleh tambah video baru ke dalam playlist tersebut.
Ini cara-cari untuk membuat playlist video di YouTube.
Cari video yang anda ingin masukkan di playlist.
Klik Save + pada bahagian bawah video.
Tekan Create new playlist.
Pilih tetapan untuk membuat video itu privasi atau tidak.
Tekan Create.
4. Pakai Chrome Extension
Ini antara cara yang boleh digunakan untuk memberi pengalaman yang selamat sewaktu anak-anak menonton video di YouTube. Fungsi chrome extension adalah untuk mengubah suai antara muka laman web YouTube untuk membuang ciri seperti rekomendasi video dan Autoplay.
Hal yang demikian, kanak-kanak akan mudah terleka sewaktu menonton video di YouTube sehingga terlebih masa. Malahan, mungkin terdapat thumbnail video yang tidak bersesuaian telah dipaparkan.
Oleh itu, alat ini boleh menyingkirkan semua gangguan yang boleh melambatkan produktiviti anak-anak anda.Antara muka akan kelihatan lebih tersusun dengan elemen yang penting sahaja.
Anak-anak anda boleh jadi lebih produktiviti dan fokus untuk membuat kerja kerana tiada gangguan lagi. Terdapat pelbagai chrome extension yang boleh dipasang terus pada laman Google browser anda seperti DF Tube, Stay Focused, Safer YouTube UI for Kids dan sebagainya.
Platform YouTube telah menjadi sebuah tempat pencarian konten dan informasi untuk sebarang topik. Semua orang menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan ia sangat penting untuk para ibu bapa mengetahui cara kawal video YouTube yang dipaparkan untuk tontonan kanak-kanak yang sedang membesar.
Sumber : Vocket
Awasi Anak Panjat Balkoni Kalau Tinggal Di Rumah Bertingkat

Awasi anak panjat balkoni kalau anda jenis tinggal di rumah bertingkat seperti kondominium, pangsapuri atau flat. Kes melibatkan anak kecil terjatuh dari tingkat tinggi kediaman sehingga menemui maut kerap sangat kita dengari.
Ngeri, pilu dan kesal apabila terbaca kes kematian melibatkan kanak-kanak terjatuh dari tingkat rumah mereka. Kita sedia maklum kebanyakan bangunan rumah pangsapuri atau kondominum akan mempunyai balkoni di luar rumah.
Situasi anak kecil berkemungkinan keluar bermain dan memanjat di luar balkoni rumah pasti akan berlaku bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat. Selain daripada itu keinginan si kecil untuk menjenguk ke bawah dari tingkap rumah juga meningkatkan risiko mereka boleh terjatuh.
Oleh itu pastikan anda mengambil kira tip berikut bagi memastikan keselamatan anak-anak kecil terjamin.

1.Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Sekiranya kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2.Jaga jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3.Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
4.Utamakan aspek keselamatan di bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
- Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
- Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
- Hanya boleh dibuka daripada atas
- Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
- Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
- Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
5. Tetapkan peraturan asas
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
- Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa.
- Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana.
Sumber : Hello Doktor
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
”Kasih Ibu Tiada Tara. Simple Tapi Sempurna.” Resepsi Anak Erma Fatima Raih Tumpuan, Part Barang Hantaran Dipuji Kreatif & Cantik!

Erma Fatima baru-baru ini berkongsi momen majlis persandingan anak sulungnya Syamil Ikhwan.
Menurut pengarah dan pelakon terkenal, majlis tersebut tertangguh sejak tahun lalu. Bukan itu sahaja, Syamil dan pasangannya juga dikhabarkan bakal menimang cahayamata sulung mereka tidak lama lagi.
Sebagai ibu tiada yang lebih membahagiakan Erma Fatima apabila diberi peluang untuk menyempurnakan tugasnya sebagai ibu. “Alhamdulillah..Terima Kasih Allah kerana kau kurniakan aku kekuatan utk mengadap kesibukan ini. Bulan yg menyesakkan dgn tugas aku utk menghadapi majlis nikah anak aku yg ke 2..majlis sanding anak pertama..nikah masa PKP tahun lps..ni baru dapat sanding..kesian dia..sampai dah ngandung..ha..ha..ha..nak siapkan skrip 30 episod..nk start shooting..makcun mart..warehouse..bertubi tubi..
Bahkan, dia berjaya menyiapkan semua dulang hantaran sendiri, hasil kreativiti dan kerja tangan Erma nyata tidak mengecewakan. Cantik dan nampak kemas.
“TAPI sebagai ibu..walaupun tk secantik mana kerjatangan aku tetapi aku pastikan aku sendiri yg menyulam semua hantaran utk menantu2 aku. Syukur dlm kesibukan aku berjaya buat semuanya sendiri tanpa bantuan siapa pun. Bangga giler ok.
“Moga majlis yg simple ini akn meninggalkn kenangan manis buat mereka. Amin.
Biarpun nampak simple namun bukan biasa-biasa, bahkan lain daripada yang lain setiap hantaran yang diberikan untuk menantunya ini.
Bak kata warganet, cukup lengkap dan tidak perlu pening kepala nak masuk untuk masuk ke rumah baru nanti. Bijak dan eksklusif setiap barangan hantarannya.
Itulah naluri seorang ibu, inginkan yang terbaik hanya untuk anak-anak dan menantu tersayang, itulah kehebatan seorang ibu.
Sumber: ermafatima
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara