Pasangan Ni Baru Berkahwin & Terpisah 16 Bulan. Akhirnya Bersatu Kembali Selepas Pelbagai Proses Dilakukan!

Share

Pandemik COVID-19 telah memisahkan mereka selama 16 bulan. Kini, Nur Amanina Aziz dari Kuala Lumpur akhirnya bersatu semula dengan suaminya, warga Filipina Hariz Nondrey Gomer Lara.

Pasangan itu hanya hidup bersama selama sebulan selepas perkahwinan mereka pada 22 Sept 2019 sebelum Hariz pulang ke Filipina dan terkandas di sana.

Kisah mereka pernah dilaporkan Bernama pada 15 Sept 2020 mengenai kesan penutupan pintu sempadan dan sekatan perjalanan untuk pasangan transnasional akibat wabak itu.

“Ini adalah saat yang saya nanti-nantikan, sekian lama. Kami melalui pelbagai dugaan, waktu sukar. Apabila saya mendapat kelulusan, perasaan (gembira) itu sukar digambarkan,” kata Nur Amanina, yang turut mengalami kemurungan akibat perpisahan itu.

Katanya, beliau melakukan tiga percubaan sebelum kerajaan meluluskan permohonannya pada 5 Dis tahun lepas untuk membenarkan suaminya memasuki Malaysia.

Hariz akhirnya berjaya pulang ke Malaysia pada 10 Feb lepas dan setelah menjalani kuarantin selama 10 hari, pasangan itu bersatu semula tiga minggu lepas.

Pasangan itu berkata fokus mereka kini adalah untuk mendapatkan visa pasangan buat Hariz agar mereka tidak terpisah lagi.

Pada November 2019, Hariz terpaksa kembali ke Filipina sebagai sebahagian daripada proses untuk memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang atau Visa Pasangan.

Apabila Hariz ingin pulang ke Malaysia untuk memulakan proses permohonan visa itu, Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup sempadan.

Kes Hariz pada masa itu bertambah rumit setelah kerajaan memutuskan untuk mengharamkan kebanyakan warga dari 23 negara yang dilaporkan mencatat kes COVID-19 melebihi 150,000, yang berkuat kuasa pada 3 Sept 2020.

Pada 20 Nov, kerajaan mula memberi kebenaran kepada warga asing dari 23 negara itu yang berkahwin dengan rakyat negara ini untuk memasuki Malaysia.

Sumber : Astro Awani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club