Pasangan Ni Backpack Ke Penang Naik ETS. Beri Pengalaman Berharga Pada Anak!

Share

Hakikatnya anak-anak kita akan menghargai setiap detik yang kita luangkan bersama mereka terutama semasa bercuti apabila berpeluang merasai sendiri pengalaman baharu di tempat yang baru.

Malahan sepanjang tempoh bercuti ini juga akan dapat membantu anak-anak bersifat lebih terbuka. Apa yang pasti begitu banyak kebaikan untuk anak-anak malah kita juga turut berasa seronok dapat bercuti dengan anak-anak.

 

 

Atas sebab ingin memberi pengalaman berharga kepada anak, turut terpanggil pasangan suami isteri ini  membawa anak lelakinya bercuti secara backpack ke Pulau Pinang pada beberapa tahun yang lalu. Dan pengalaman berharga ini turut dikongsikan di facebook puan Haizum Shaira untuk panduan ibu ayah yang lain.

Ini perkongsiannya.

Backpack to Penang with Kiddos

Ramai tanya okay ke bawak budak backpack?  Nervous sebenarnye backpack dengan anak. Tak sama dengan zaman bujang muda mudi, tapi orang putih kata “Keep Calm, Travel On And create memories”

Perkongsian untuk ramai yang bertanya

Pengangkutan-168/pax (2way)

KL Central – Butterworth (4jam)

Sebelum beli tiket ETS study dulu (untuk 1st timer) ETS Ade 3 Class : Business, Platinum & Gold. Pilih seat pon kena tengok yang forward ke backward . Kot ada yang pening nanti duduk melawan arus.

Business Class : RM154 (1 way) – ada makanan dan entertaiment (iPad kalau nak layan movie) ala-ala naik flight la senang cerita

Platinum: RM 84 (1 way) – berhenti dekat stesen-stesen besar macam Ipoh , Taiping. Tak banyak stop. 8 stesen je. Kami naik Platinum

Gold: Beza Gold dan Platinum, Gold lagi banyak stesen keretapi berhenti dalam 14-15 stesen

Cafe , surau dan toilet ada dalam ETS . Makanan boleh beli kat Cafe Coach C. Surau pon dekat Coach C . Toilet ada dekat Coach C & B (ni je la yang kami guna) rasanya ada lagi toilet untuk Coach hujung-hujung. Semua kemudahan elok dan selesa.

 

Feri : Butterworth – Swettenham Pier Jeti

Tambang percuma

Turun ETS akan lalu Penang Central. Di Penang Central ada terminal bas dan feri kalau nak ke Pulau.

Kami pilih naik feri. Terminal under construction lagi. Feri hanya bawa penumpang. speedboat besar ( ala.. feri Langkawi dulu-dulu) dalam 10-15 minit je sampai la pulau. Feri ada setiap satu jam boleh Google jadual Feri

Bas: Swettenham Pier Jeti – Hotel Penaga

Tambang Free. Naik bas Rapid Penang yang ade tulis CAT or free shuttle

Bas ni memang pusing bandar Georgetown. So naik dulu buat satu round. Tengok lokasi mana yang bas lalu. Nanti senang nak plan perjalanan.

operation hour 6:55AM – 11:00 PM. (ni driver bas habaq kat kami. Tak dan study kira percaya je la dia)

Hotel – 460 (3D2N)

Hotel Penaga  tempahan melalui booking.com

Lokasi – awesome walking distance dengan semua tempat HOT (Line Clear, Bee Hwa Cafe, Transfer road, Hameediah, Roti bakar Hutton lane)

Breakfast tiada. Hotel tak sediakan breakfast tapi ade Cafe bukak pukul 11AM.

Lunch boleh makan nasi kandar pokok ketapang depan hotel je kalau malas jalan

Bilik jenis duplex. Sofa, TV dan bilik air dekat bawah. Katil sahaja dekat atas.

Hotel herritage so barang perabot lama tapo ok je semua function elok

Semua bilik air ada jacuzzi yang penting. Penat jalan memang boleh santai rehat kat dalam jacuzzi.

Swimming pool ada tapi time tu under construction

 

Itenary

4 June 22

8 – 12 tghri : Naik ETS ke Butterworth

1:30 -1:45 Ptg : Naik feri dari Butterworth ke Georgetown

2:15 ptg : Naik Bas Rapid ke Hotel Penaga

3 ptg : Check in

4:30 ptg: Makan nasi kandar Pokok ketapang depan hotel

5 -7 ptg: Naik bas Rapid ke padang kota lama

Jalan-jalan dekat Fort Cornwallis dan bungkus pasembur

Aktiviti malam: Mandi jacuzzi dan tidur

5 June 22

7:30 pagi : Bungkus breakfast roti canai jalan Argyll makan dekat hotel. Jalan dalam 4 min dari hotel. Menu lebih kurang Transfer road.. beratur panjang weii kat situ

11 pagi : jalan kaki ke The Top dalam 15 min

Ade 2 pakej combo A & Combo B. Kami Ambil A je . Top 3 attraction. Rainbow Skywalk, Top boutique Aquarium & Jurassic Research Centre.

4 ptg : Jalan-jalan area Komtar. Sebelah The TOP je. Lepas tu balik hotel

7:30 ptg: Lepas solat terus keluar pergi Hameediah. Beratur panjang weii. Gigih sejam beratur nak makan nasi kandaq. Puas hati dapat rasa kari Arnab

6 June 22

7 pagi : bungkus breakfast dekat Bee Hwa Cafe. Char kue teow Padu. Order roti bakar, telur dan nasi goreng. Kedai dekat lorong belakang hotel je.

12 tghr: check out. Tumpang letak beg dekat hotel sebab nak jalan-jalan dulu

Jalan dekat chowrasta market, lebuh x lupa name dan seterusnya mengikut kaki melangkah

4.00 ptg : Naik bas Rapid ke Jeti. Tak sempat kejar feri 4:30 sebab jalan jem.

5:30 ptg: Naik feri. Sampai terus jalan ke Penang Central. Boleh bungkus makanan untuk makan dalam ETS

6 ptg: Jalan ke stesen keretapi Butterworth

6:45 ptg: Keretapi ETS bergerak menuju ke KL

11 mlm : Tiba di KL Sentral. terus order Grab

11:30 mlm : Home sweet Home

 

Tips backpack dengan anak berusia 5 tahun

  • Pastikan perut kenyang, hati girang, kemudian teruskan perjalanan
  • Plan dahulu perjalanan untuk ke tempat makan viral sebabnya beratur panjang
  • kemudian go with The flow. Dengan anak2 do not put high expectations. Let them explore and create memories
  • Plan something untuk mengisi masa sementara menunggu nak beratur masuk/makan tempat viral. Anak-anak akan cepat boring bila menunggu. Atau Order Online And pickup. itu lagi jimat masa dan mengelakkan “pertunjukan emosi” dari anak2

Sedikit sebanyak perkongsian. Panjang tulis pon. Kalau yang salah info mintak maaf banyak-banyak. Objektif sebenarnya nak HaZz experience naik. Selalu dok tengok dekat je.

Sumber : Haizum Shairah

Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club