Selalu juga kita mendengar keluhan orang lain tentang pasangan mereka, ada sahaja yang tidak kena.
“Dia tak suka masak…”, “Balik-balik rumah masih tak kemas…” dan macam-macam lagi.
Walaupun keluhan itu seakan melepaskan rasa tidak puas hati, namun sedarlah setiap antara kita tidak ‘perfect’.
Bahkan perkahwinan itu adalah melengkapkan antara satu sama lain dan perlu ingat bahawa kita berkahwin dengan manusia biasa dan bukannya malaikat. Ini sebagaimana perkongsian Ahmad Affzan Abdullah.
Pasangan Kita Juga Manusia Biasa
Untuk adik-adik yang merancang untuk berkahwin, sedang berkahwin atau dah lama kahwin, ingin aku berkongsi sedikit petua.
Antara perkara yang kita selalu kena peringatkan diri, ialah kenyataan bahawa pasangan kita ini manusia biasa.
Kita berkahwin dengan manusia.
Ada kalanya dia sedih, adakalanya dia malas, adakalanya dia rasa down, adakalanya stress. Semua ni sifat manusia.
Kalau pasangan kita itu sepanjang masa memang bertanggungjawab, selalu tolong kita, tapi ada satu dua masa dia rasa down dan buat perkara yang tak kena pada pandangan kita, kita maafkanlah.
Kita bukan kahwin dengan malaikat.
Isteri kita memang rajin buat kerja untuk keluarga, rajin masak. Kalau satu hari kita balik kerja tengok tak ada makanan terhidang, janganlah bagi komen sarkastik “Hai, makan angin je ke kita malam ni?”
Mungkin isteri kita penat, mungkin dia tengah sedih kena marah dekat ofis. Komen sarkastik kita tak membantu.
Apa kata kita terus cakap, “Jom kita makan luar malam ni. Abang belanja.”
Bukankah itu lebih baik? Terubat sikit hati isteri yang luka.
Suami kita juga biasanya memang rajin mengemas, rajin basuh pinggan basuh baju. Tapi ada satu hari dia tinggalkan kain pelikat bergulung atas lantai, janganlah kita terus membebel tak berhenti-henti.
Pejam sebelah mata, dan angkat sajalah kain itu masuk ke tempat baju kotor.
Pasangan kita manusia. Ada hari dia malas, ada hari dia terlupa, ada hari dia nak cepat lalu tak sempat buat rutin kebiasaan.
Ini kita kena faham dan kena selalu ingatkan diri.
Lainlah kalau pasangan kita memang bermasalah, memang pemalas setiap hari, memang tak bertanggungjawab. Kalau ini, memang perlu sesi kaunseling, tak boleh berdiam diri.
Namun jika pasangan kita dalam kebanyakan masanya memang terbaik, bertimbang rasalah. Jangan sampai tidak ada ruang untuk pasangan kita bersifat dengan sifat manusiawi.
Sekali-sekala terlupa, alpa, malas, penat, rasa down, ‘slack off’, kita yang okey ini tampunglah mereka. Bukan tinggalkan mereka keseorangan apatah lagi membebel dan menyindir yang tak mendatangkan sebarang solusi positif.
Kita terima pasangan kita sebagai manusia yang ada cacat celanya.
Kita terima kekuatan dia, kita juga terima kelemahan pasangan kita.
Waktu dia kuat, waktu dia lemah, kita sentiasa ada di sisi, memberi sokongan dan bantuan tanpa mengira waktu.
Itulah hakikat rumahtangga, berkongsi hidup bersama-sama.
Sumber : Ahmad Affzan Abdullah
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.