Selalu juga kita mendengar keluhan orang lain tentang pasangan mereka, ada sahaja yang tidak kena.
“Dia tak suka masak…”, “Balik-balik rumah masih tak kemas…” dan macam-macam lagi.
Walaupun keluhan itu seakan melepaskan rasa tidak puas hati, namun sedarlah setiap antara kita tidak ‘perfect’.
Bahkan perkahwinan itu adalah melengkapkan antara satu sama lain dan perlu ingat bahawa kita berkahwin dengan manusia biasa dan bukannya malaikat. Ini sebagaimana perkongsian Ahmad Affzan Abdullah.
Pasangan Kita Juga Manusia Biasa
Untuk adik-adik yang merancang untuk berkahwin, sedang berkahwin atau dah lama kahwin, ingin aku berkongsi sedikit petua.
Antara perkara yang kita selalu kena peringatkan diri, ialah kenyataan bahawa pasangan kita ini manusia biasa.
Kita berkahwin dengan manusia.
Ada kalanya dia sedih, adakalanya dia malas, adakalanya dia rasa down, adakalanya stress. Semua ni sifat manusia.
Kalau pasangan kita itu sepanjang masa memang bertanggungjawab, selalu tolong kita, tapi ada satu dua masa dia rasa down dan buat perkara yang tak kena pada pandangan kita, kita maafkanlah.
Kita bukan kahwin dengan malaikat.
Isteri kita memang rajin buat kerja untuk keluarga, rajin masak. Kalau satu hari kita balik kerja tengok tak ada makanan terhidang, janganlah bagi komen sarkastik “Hai, makan angin je ke kita malam ni?”
Mungkin isteri kita penat, mungkin dia tengah sedih kena marah dekat ofis. Komen sarkastik kita tak membantu.
Apa kata kita terus cakap, “Jom kita makan luar malam ni. Abang belanja.”
Bukankah itu lebih baik? Terubat sikit hati isteri yang luka.
Ads
Suami kita juga biasanya memang rajin mengemas, rajin basuh pinggan basuh baju. Tapi ada satu hari dia tinggalkan kain pelikat bergulung atas lantai, janganlah kita terus membebel tak berhenti-henti.
Pejam sebelah mata, dan angkat sajalah kain itu masuk ke tempat baju kotor.
Pasangan kita manusia. Ada hari dia malas, ada hari dia terlupa, ada hari dia nak cepat lalu tak sempat buat rutin kebiasaan.
Ini kita kena faham dan kena selalu ingatkan diri.
Lainlah kalau pasangan kita memang bermasalah, memang pemalas setiap hari, memang tak bertanggungjawab. Kalau ini, memang perlu sesi kaunseling, tak boleh berdiam diri.
Namun jika pasangan kita dalam kebanyakan masanya memang terbaik, bertimbang rasalah. Jangan sampai tidak ada ruang untuk pasangan kita bersifat dengan sifat manusiawi.
Sekali-sekala terlupa, alpa, malas, penat, rasa down, ‘slack off’, kita yang okey ini tampunglah mereka. Bukan tinggalkan mereka keseorangan apatah lagi membebel dan menyindir yang tak mendatangkan sebarang solusi positif.
Kita terima pasangan kita sebagai manusia yang ada cacat celanya.
Ads
Kita terima kekuatan dia, kita juga terima kelemahan pasangan kita.
Waktu dia kuat, waktu dia lemah, kita sentiasa ada di sisi, memberi sokongan dan bantuan tanpa mengira waktu.
Itulah hakikat rumahtangga, berkongsi hidup bersama-sama.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menambah koleksi resipi biskut untuk persiapan di hari raya ini,ada baiknya sediakan resipi yang menjadi kegemaran keluarga. Antaranya resipi Cornflake Crunchy bersama choclate chips yang enak ini. Ranggup dan bercoklat, pasti rasanya tidak mengecewakan.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba
Tidak dinafikan semua para ibu mengakui mendidik anak ini ada cabarannya. Lebih lagi mempunyai anak yang ramai.
Bukan sahaja kerenah anak-anak, ibu juga perlu memastikan rumah dalam keadaan kemas agar suasana rumah tenang.
Menerusi perkongsian puan Nor Fatihahnoor juga mengakui bahawa cabaran dalam membesarkan anak-anak.
Pelbagai cara dilakukan termasuk membaca doa sehinggalah beliua mendengar ceramah mengenai perkongsian di facebook bertajuk Kuliah Ibu Mithali apabila Ustazah Nuridah dalam kuliahnya memberikan tipsnya termasuk doa.
Ikuti lanjut perkongsian puan ini.
Saya bukanlah ibu yang sempurna. Sungguh banyak sangat kekurangan. Dalam kesibukan memenuhi hari ini, dari pagi sampai ke malam. Kemudian persiapkan menu untuk anak-anak, solat dan makan bersama.
Cantik elok mereka sama-sama bantu saya. Abduh sapu sampah, kakak kemas rumah, Humairaa siapkan meja makan. Tiba-tiba sausana tenang di meja makan bertukar tegang. Abduh menjerit dan berlaku perselisihan antara Humairaa dan Abduh. Saya akui kelemahan saya sebagai ibu. Anak-anak tidak berapa takut dengan saya. Berbanding ayah mereka, hanya dengan satu arahan anak – anak semua diam. Pantang membebel di rumah jadi saya banyak diam. Namun ada masa kita secara spontan akan terkeluar bahasa ‘kasih sayang’ seorang ibu. Marah kerana sayang.
Melayani Abduh yang mengamuk dan merajuk. Saya sedia faham memang tidak makan pujuk kecuali saya hanya mampu berdoa dan memeluknya. Saya pujuk Humairaa meminta maaf kepada Abduh. Alhamdulillah, Humairaa hulurkan tangan dan peluk abangnya itu. Namun, Abduh tetap membatu. Saya membiarkan sahaja Abduh merawati hatinya.
BUKAN MUDAH JADI IBU YANG SEMPURNA
Bukan mudah untuk jadi ibu yang baik, hendak anak dengar cakap, bukan saya tidak beramal dengan doa-doa mustajab. Namun, allah belum ijabahkan doa saya. Allah mahu saya meminta-minta dariNya. Allah ini alalim Allah Maha Baik
Meruntun hati ini apabila saya membuka Fb paparan pertama ialah Fb Dr Hafizah Musa dengan tajuk Kuliah Ibu Mithali. Gulp!
DOA ANAK DENGAR CAKAP
Sedang elok Ustazah Nuridah sedang memberikan tipsnya:
“Kita nak anak dengar cakap kita banyakkan baca doa Surah al-Imran ayat 200, alam nasyrah dan satu doa yang nabi pesan bisikkan ke telinga anak yang tidak dengar cakap. Surah alimran ayat 83.”
Allah Allah
Tidak ada kebetulan dua perkara pada hari ini yang kau berikan kecuali adalah aturanmu untuk hambaMu ini ambil pedoman. Fabi ayyia la irabbikuma tukazziban.
Sesiapa pun akan pernah merasai sakit kepala dengan berbagai macam penyebab.
Ada yang pening disebabkan stres, migrain, darah tinggi, rasa cemas, depresi, dan sebagainya.
Sakit kepala ini jika tidak segera ditangani akan menimbulkan masalah lain, seperti sukar menjalankan aktiviti harian.
Oleh itu, ada baiknya kita baca perkongsian Doktor Azima dalam mencari alternatif merawat sakit kepala ini. Semoga bermanfaat.
Ada sesiapa yang menderita di sebabkan sakit kepala? Ini berkemungkinan badan anda tidak cukup Magnesium. Badan kita memerlukan Magnesium setiap hari.
Kekurangan garam galian yang penting ini akan menyebabkan terjadi nya ketegangan otot di leher, bahu dan rahang anda.
Ini sentiasa terjadi tanpa kita sedari. Kekerapan berlaku nya ketegangan otot seperti diatas akan mencetuskan kejadian sakit kepala.
Jika ini terjadi Ambil 5 atau 10 titis magnesium masuk kan dalam 200ml air kosong sebagai minuman serta sapukan di bahagian bahu, belakang leher serta di bahagian kepala yang sakit.
Kemudian tidur lah . Magnesium ketika ini memecahkan asid lactic dan menenangkan otot serta saraf. Tidur lah seperti anak kecil, keesokan hari nya semoga anda menjadi seorang yang baru.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...