Pasangan Makin Sayang Jika Amalkan Tip Ini

Share

Perkahwinan adalah satu ikatan suci menggabungkan dua hati. Namun, kadangkala dua hati tersebut susah untuk bersetuju tentang sesuatu perkara. Pergaduhan berlaku dan mulalah operasi bermasam muka.

Sebenarnya, anda boleh menjadikan rumah anda syurga di dunia jika anda mengamalkan lapan tip rumah tangga bahagia seperti dokongsi dibawah.

1. Honeymoon atau bulan madu

Usah spektikal dengan percutian honeymoon atau bulan madu. Ia tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari.

Akan tetapi harus dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.

Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.

2. Selalu ungkapkan kata-kata cinta dan kasih sayang

Ingat tak zaman kita berkenalan dahulu? Kita saling mengucapkan kata-kata yang baik dan indah kepada satu sama lain. “Saya rindu awak” atau “saya tidak sabar untuk berjumpa awak” selalu disebut-sebut.

Untuk memastikan ikatan cinta masih utuh antara anda dan pasangan, pastikan anda terus memberi kata-kata cinta dan kasih sayang, walaupun anak sudah berderet!

“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!

3. Jadi pendamai ketika pasangan sedang emosi

Bila pasangan marah, anda pun nak melentinng sama. Hal ini perlu dielakkan ya. Peraturan mudah, jia pasangan anda sedang marah atau tidak berpuas hati akan sesuatu, jangan turut sama melenting atau melakukan sebarang provokasi.

Anda harus menjadi ‘penyelamat dunia’. Anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk  atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, nak marah pun tak jadi!

4. Jangan lokek berikan pujian kepada pasangan

Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.

Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”

Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.

5. Selesaikan masalah sebelum masuk ke kamar

Sebelum masuk tidur,  pastikan apa saja perkara yang mengganggu fikiran atau perasaan anda  diluahkan terlebih kepada pasangan supaya dia tahu di mana salah dan silapnya.

Ia akan memupuk kemahiran komunikasi dan yang paling penting, menambah persefahaman antara satu sama lain. Malah, menyimpan perasaan semata-mata untuk menjaga perasaan adalah tidak bagus untuk kesihatan.

6. Jangan sesekali ungkit cerita lama

Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.

Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.

Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.

7. Kerap bersentuhan

Bila bercakap tentang sentuhan fizikal, ia bukan sahaja melibatkan sentuhan sewaktu di kamar. Sebenarnya banyak lagi cara fizikal lain untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami atau isteri kita.

Sumber: www.hijabnheels.com