Pasangan Kembar Siam Ahmad & Muhammad Buktikan Kejayaan Tak Datang Tanpa Usaha, Kini Sudah Miliki Kereta Sendiri

Share

Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah tular pada 2001 apabila kisah mereka yang menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kedua-dua mereka dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Walaupun terpaksa mengharungi kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, pasangan yang kini berusia 23 tahun ini dikatakan sudahpun memiliki kerjaya yang bagus dalam bidang teknologi maklumat. 

Muhammad Rosli telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.

Kini, bekas pasangan kembar siam ini sekali lagi tular di laman TikTok, apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah. 

Status terbaharu mereka  ini telahpun ditinggalkan oleh kenalan mereka di sebuah hantaran yang menampilkn kisah mereka.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali kedua-dua individu ini sangat kagum dengan ketabahan dan kegigihan untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.

Kejayan mereka ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kejayaan tidak datang bergolek namun, usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil! 

Oleh itu, orang ramai diharapkan dapat mengambil ikhtibar kekuatan kedua-dua bekas pasangan kembar ini berjuang sehingga berjaya.

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club