Pasang Lantai Vinyl Sendiri, Bukan Je Jimat. Anak Beranak Pun Boleh Buat Bersama!

Share

Dalam menghias rumah, kemasan lantai turut berperanan mencipta gaya dan keselesaan ruangan. Umpamanya memilih pemasangan kemasan kayu vinyl. Ianya bukan sahaja nampak cantik  malah memberi keselesaan.

Pun begitu, semua itu memerlukan sejumlah kos yang besar. Namun untuk lebih menjimatkan, praktis DIY harus dilakukan.

Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Khairul Ezuwan ini, melihat perbezaan kos yang ketara bila pemasangan dilakukan sendiri. Kerja-kerja ini lebih seronok dilakukan bila anak lelakinya juga membantu.

Jom semak perkongsian ini.


Dah siap.Dulu Saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.

Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.

Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki dan lebar 6 inchi . Satu kotak mengandungi 16 keping .harga setiap kotak cuma RM58. Untuk keluasan 300 sqft ruang yg saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni. Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yang tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.

Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :

Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754

Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68

Jumlah kos = RM822

Alatan yang saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)

1. Pembaris L
2. Pisau
3. Pensel
4. Berus cat
5. Gunting
6. Kain buruk

Mana lokasi nak dapatkan vinyl ni ? Carpet Prima Sdn Bhd Kat Nilai 3. Address tengok pada receipt dalam gambar.

Jangan takut-takut nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pon boleh tolong buat sekali . Macam main puzzle jer dia kata.

Selamat mencuba .

Sumber : Khairul Ezuwan