Menyediakan menu paru lembu ini ada sesetengahnya kata sangat mudah. Sebut sahaja sama ada hendak di masak goreng, bersambal, kicap atau digulai. Semuanya semudah 123 untuk menyediakannya.
Pun begitu, tidak mustahil juga bila ramai antara kita yang belum pernah mencuba untuk menyediakan menu paru lembu ini. Bimbang juga bila sekali mencuba, hidangan paru yang disaji terasa liat, keras dan tidak enak pula rasanya.
Oleh itu, ketahui rahsia untuk menyediakan menu paru ini agar terasa lembut digigit dan enak rasanya sebagaimana yang dikongsikan oleh Azlin Safena ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.
RAHSIA: Paru Goreng Rempah yang lembut sesangat dan ranggup
1-Cara nak buang bau hanyir
Rendam dengan limau nipis jap.
2– Cara nak lembut kan paru
a) Masukkan air dan paru dalam periuk
b) Masukkan garam, kunyit dan asam keping
c) Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit
Setelah tu potong nipis-nipis tau.
Cara goreng paru
a) Jintan manis, jintan putih dan ketumbar di tumbuk. Setelah tu, digaul bersama paru.
b) Masukkan garam dan kunyit sekali tau.
c) Setelah minyak panas di kuali, masukkan paru.
d) Ni penting, masukkan Adi dalam kuali tu. SAM KEPING
Okkkk, paru sedia di makan. Percaya lah memang ranggup dan lembut je.
Video
sumber : Azlin Safena Azihar