Strok Haba! Mungkin ramai yang tidak mengambil berat mengenainya namun kehadirannya harus diperakui. Orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak harus mementingkan diri dengan memandang remeh dan langsung tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Semalam, dalam kemeriahan menyambut Syawal seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah maut akibat strok haba dan dehidrasi dan pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak berusia setahun setengah akibat perkara yang sama.
Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya iaitu Nur Imani telah seminggu mengalami batuk dan muntah-muntah.
Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah.
Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Ads
Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut.
Seperti yang diketahui ramai, Malaysia kini mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Ads
Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan anak-anak anda berada dalam keadaan yang baik.
Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.
Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. MENGAZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. MENTAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampang pada Khamis lalu akibat paras diabetes yang tinggi.
Khabar ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion di mana Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibu yang kurang bermaya.
Pun begitu, keadaan Mak Jah ketika ini adalah semakin baik berbanding sebelumnya termasuk bacaan paras diabetes.
“Selepas menerima rawatan, keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun,”ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 73 tahun itu masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik.
Tukiman berkata demikian ketika dia hadir meluangkan masa melawa Mak Jah bersama Timbalan Presiden PKAVM, Amran Nasarudin dan Chef Yang Jamil (Setiausaha PKAVM) semalam.
Dalam pada itu, Tukiman meluahkan kesyukuran atas perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Mak Jah ketika mereka sedang melawatnya di hospital.
“Alhamdulillah, dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral.
“Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya,”ujarnya.
Di kesempatan itu, Tukiman dan ahli PKAVM mendoakan Mak Jah kembali sembuh seperti sediakala memandangkan dia seorang yang aktif dan sering terbabit dalam program anjuran persatuan.
“Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.
“Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan.” katanya.
Malah, dia juga memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun baru azam pun mesti baru kan, apa agaknya azam anda tahun ini. Ada tak yang nak menyimpan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Ramai yang mungkin memberi alsan sukar untuk menyimpan, ada sahaja perkara yang membuatkan hasrat tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.
Nah, admin kongsikan tip oleh Wan Nor Adilahini yang sememangnya efektif dan dalam masa setahun berjaya mengumpul Rm4,074.
Menurut Adilah,pada tahun 2007, dia tidak berjaya menabung membuatkan dia nekad tidak mahu usik duit simpanan dan mula menabung pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2018.
– RM1 (simpan RM1 setiap hari. Setahun genapkan RM400)
– RM5 (Simpan setiap minggu 2 keping total, genapkan 108 keping jadi RM540)
– RM10 (simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100)
– RM20 (Simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping)
– RM50 (simpan setiap bulan genap. Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM300)
– RM100 (simpan setiap bulan ganjil. Jun, Mac, Mei, Julai, September, November Total RM600)
– Duit syiling kalau ada masuk tabung
Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM4074. Insyaallah sambung lagi 2019. Ujar Adilah, dia bertekad untuk menyimpan seperti tahun lalu dan tidak mahu buat separuh jalan sahaja.