Paru-Paru Kiri Dijangkiti Kuman, Anak Rebecca Nur Islam Masuk Hospital

Share

Sedangkan bila diri sendiri sakit pun kita tahu macam mana keperitan diri lalui, apatah lagi bila anak-anak yang sakit. Tapi yang lebihnya bila anak sakit, bukan sahaja mereka yang menanggung sakit tetapi ibu juga turut terkesan nak melayan anak.

Itulah yang dihadapi oleh pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan anak lelakinya Nor Ahmet Al Reaggan kini sedang dirawat di hospital selepas doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di bahagian paru-parunya.

Menurut Rebecca, sejak daripada semalam, dia tidak dapat melelapkan matanya bila mengenangkan mengenai keadaan anaknya itu.

“Assalammualaikum doakan anak mummy Baby @ahmetreaggan di hospital sekarang. Ada jangkitan di paru-paru sebelah kiri. Ohhhhh my jantung, Allah bersamamu anakku.

“Murmmy tak tido dari 2 pagi. Semoga Allah SWT kuatkan mummy juga. Lepasni kena lari sekejap ada big meeting melibatkan ramai orang sebab dah janji.InsyaAllah jika dizinkan Mummy sampai” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lapan orang cahaya mata itu menerusi perkongsian terkini di laman Instagram

Meninjau di ruangan komen, rata-rata kalangan artis dan peminat mendoakan yang terbaik buat anaknya. Malah ada yang berkongsi kisah tentang anaknya yang dimasukkan ke hospital.

Sumber : Rebecca Nur Islam