Paru Goreng Sambal Garing. Bukan Makan Dengan Nasi Je, Buat Ratah Pun Sedap!

Share

Rasanya sambal ni memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan lagi kalau sambal paru garing. Makan dengan nasi kosong sedap sungguh tak perlu tambah lauk lain pun dah cukup.

Resipi ni sesuai untuk sesiapa yang baru kahwin atau yang baru nak berjinak-jinak ke dapur. Bahan dan caranya pun mudah sahaja.

Resipi Sambal Paru Garing Sedap 

Bahan-bahan: 

1 kg paru

1 sudu teh garam

1 sudu teh kunyit

Minyak

10 ulas bawang ros

6-8 biji cili api merah (siam)

4 bawang putih

1 inci halia

Kiub ayam

Gula kabung (gula melaka)

Cara memasak: 

– Basuh bersih paru dan rebus bagi ia lembut.

– Selepas itu, keluar dan toskan airnya.

– Hiris nipis-nipis dan gaul dengan garam dan kunyit.

– Kemudian, goreng dalam minyak banyak hingga garing. Angkat dan sejukkan.

– Kisar bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia. Kisar guna blender kering atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.

– Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi).

– Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).

– Masak atas api perlahan hingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.

– Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul hingga rata.

– Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

– Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata. Selamat mencuba.

Kredit: Azizah Salleh