“Part Dia Cakap Bye-Bye Tu Sedihnya..” Telatah Anak Syurga Ni Runtun Hati Warganet

Share

Kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya sememangnya meninggalkan kesan yang amat dalam bagi seseorang. Lebih-lebih lagi orang itu pernah menjadi penghuni rahim seorang ibu selama 9 bulan, pemergiannya itu amat memeritkan hati.

Itulah yang dirasai seorang ibu yang dikenali sebagai Fyqa Syafiqah di mana dia kehilangan puteri keduanya bernama Nur Aurel Malika @ Aisyah yang telah menghembuskan nafas terakhir ketika usianya 4 tahun akibat menghidap rare disease pada jantungnya.

Malah selain Fyqa, suami dan anak sulungnya turut membekas dalam jiwa perasaan rindu yang mendalam hati mereka.

@mommy_auroraaurel“Aurora rindu Aisyah” -Aurora 2022-

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Baru-baru ini, perkongsian video yang memaparkan ragam Aisyah ketawa apabila disakat mengundang sebak ramai pengguna TikTok. Jika dahulu ibunya boleh buka ‘kejap-kejap’ tiub hidungnya, namun kini si cilik tersebut tidak perlu bantuan oksigen langsung kerana sedang bahagia main di taman syurga. Walaupun 2 bulan lebih sudah berlalu, tapi Fyqa Syafiqah akui masih rindu tentang semua perkara melibatkan ‘bidadarinya’.

@mommy_auroraaurel Replying to @zeekyn ♬ bunyi asal – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengakui mereka sebak melihat video adik Aisyah.  Sambil menitipkan doa supaya terus tabah, mereka akui tersentuh melihat usaha seorang ibu yang cekal buat anaknya ketawa meskipun dihimpit ujian besar.

Sumber : mommy_auroraaurel

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini