Paraben dalam kosmetik dan skincare, setakat mana bahaya pada kesihatan. Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagan kecantikan dan kosmetik.
Fungsi paraben ialah untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat dalam produk. Bagaimanapun, penggunaan paraben masih kontroversi hingga ke hari ini. Malah, penggunaan paraben tidak memberikan apa-apa manfaat untuk tubuh. Paraben sebenarnya berpotensi menyebabkan penyakit jika digunakan secara berkala dalam jangka masa yang panjang.
Paraben sering digunapakai di kilang-kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri. Ianya jauh lebih murah dan mudah di dapati. Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tidak kisahlah namanya methylparaben, ethylparabel atau propylparaben, itu semua adalah sejenis paraben.
Paraben ini dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.
Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.
Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara tauuu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.
Maka berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas daripada Paraben. Memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan Allah. Bagaimanapub, kita perlulah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya semata hendak cantik dengan cepat.
Apakah paraben bahaya untuk wanita hamil? Apa sahaja yang anda gunakan semasa mengandung akan memberi kesan kepada janin anda. Malah doktor sentiasa memberi amaran kepada Mama supaya berhati-hati apabila menggunakan apa-apa. Salah satunya ialah kosmetik yang mengandungi banyak paraben.
Banyak kajian ke atas manusia dan haiwan telah membuktikan bahawa paraben sangat berbahaya untuk kehamilan. Bukan sahaja semasa mengandung, paraben juga boleh mengganggu keupayaan wanita untuk hamil. Selain itu, paraben juga akan menjejaskan perkembangan janin yang dikandung sehingga bayi dilahirkan dan membesar.
Berikut dikongsikan bahaya paraben kepada wanita hamil.
1. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang
Kajian mendapati wanita hamil dengan kandungan paraben yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi pramatang. Biasanya tanda-tandanya adalah penurunan umur kehamilan, berat lahir rendah, dan penurunan panjang badan.
2. Mengurangkan kesuburan ibu
Wanita yang mempunyai paras air kencing yang mengandungi paraben yang tinggi cenderung mempunyai anak lebih sedikit anak berbanding wanita yang mempunyai paraben yang lebih rendah. Jadi kalau nak cepat cepat zuriat, elakkan kandungan paraben dalam kosmetik.
Ads
3. Meningkatkan risiko kematian bayi
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paraben meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan. Ini kerana paraben mempunyai struktur yang sama seperti estrogen sehingga aktiviti hormon dalam badan boleh menjadi huru-hara.
4. Merosakkan fungsi buah zakar lelaki
Sekiranya anda mengandungkan bayi lelaki, kandungan paraben akan mempengaruhinya sehingga dia dilahirkan dan membesar. Bayi mama akan mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi yang akan merosakkan struktur dan fungsi testis, dan menyebabkan keabnormalan pada sperma apabila mereka dewasa.
5. Menyebabkan masalah otak bayi
Paraben akan menyebabkan kehamilan pramatang. Disebabkan ini, ia akan menimbulkan masalah pada otak bayi kerana tumbesaran janin dalam perut masih belum sempurna.
6. Meningkatkan risiko bayi autisme
Paraben mempunyai struktur yang hampir sama dengan hormon estrogen. Menurut penyelidikan Universiti Cambridge peningkatan aktiviti estrogen semasa kehamilan boleh mengembangkan potensi autisme.
Ads
7. Tingkah laku sosial kanak-kanak terganggu
Bayi yang dilahirkan dan terdedah kepada paraben akan menyebabkan gangguan hormon pada kanak-kanak berkaitan interaksi sosial, pembelajaran dan ingatan pada bayi. Apabila anak-anak besar, mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang lain dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Jadi wanita terutamanya ibu mengandung, semak dulu kandungan produk penjagaan sebelum membeli. Biasanya paraben mudah didapati dalam produk pelembap, pewarna kuku, sabun, deodoran, ubat jerawat, pelindung matahari, krim anti penuaan dan sebagainya. Berhati-hati sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si kecil dalam kandungan.
Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.
Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.
Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selagi ada usaha, selagi itu harapan masih ada. Itulah yang dilakukan oleh seorang isteri bagi membantu suaminya untuk mendapatkan rezeki bagi membuat persiapan menyambut kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir pada bulan September ini. Terkesan dengan Covid-19, pendapatan mereka sekeluarga juga terjejas.
Namun wanita ini tidak putus asa dengan tanpa segan menulis di twitter mengenai bisnes ikan masin yang diusahakan oleh suaminya. Memandangkan perniagaan tidak memberikan keuntungan, maka diusahakan untuk dijual secara online.
Jelasnya, “Aku suri rumah. Awal bulan 9 ni dah nak bersalin. Jadi suami aku tengah cari duit untuk beli barang keperluan baby dan untuk kos aku bersalin. Aku just mintak support bisnes suami aku je. Kalau tak beli tolong retweet. Aku anggap ni rezeki anak aku.
Ni gambar gambar stok yang ada. Banyak lagi gambar dalam wassap. Boleh tengok kat katalog. Ikan perkasam pon ada. Laki aku buat sendiri. Resipi turun temurun dari mak mertua. Serious sedap tak tipu.
Tambahnya lagi, ” Yang buat aku sebak dan sayu. Kadang tuu aku teringin jaa nak beli barang kelengkapan baby. Tapi aku serba salah nak mintak bila dia cakap macam tu. Aku suruh dia beli benda yang penting je. Macam barang lain tuu aku rasa tak perlu.
“Aku nak kerja. Tapi takdak orang nak ambek orang mengandung. Nak taknak aku kena tunggu habis pantang baru cari kerja bantu suami aku. Buat masa ni aku boleh bantu dgn cara promote bisnes dia jaa. Ni first time aku promote kat twitter. Harap-harap ada rezeki untuk keluarga kecil kami.
Selepas perkongsian, ciapan tersebut diulang kicau hingga lebih 15.1K dan mendapat maklumbalas yang positif daripada warganet dan sekali gus menarik nafas lega bagi pasangan suami isteri ini.
“Allahuakhbar. Banyak kali menangis sebak sebab ramai yang bantu. Tak menang tangan nak reply wassap satu. Tapi saya akan reply slow. Harap bersabar yaa. Saya yang ambek order. Suami yang packing barang. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi support.
“Terima kasih jugak pada yang dm nak bagi barang baby. Segan betoi ni. Sebab share ni bukan nak meminta barang. Cuma nak usaha cari rezeki yang halal untuk keluarga kecil kami. Moga Allah murahkan rezeki dan balas jasa baik anda semua. Amin”
Tercari-cari menu dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur dan cepat pula dimasak, tentunya menu yang dikongsikan oleh Fatihatul Hakimah ini boleh dijadikan pilihan menarik. Apatah lagi jika anak-anak memang suka makan kek. Jadi tanpa membuang masa, jom semak 4 bahan yang diperlukan itu.
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
“Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap..Firstime buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share”-Fatihatul Hakimah
1.Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik( Tiha guna blander jer)
2. Masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati (rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh bubuh pewarna lain, dan 1 bekas lagi bubuh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan)
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.