“Para Isteri Perlu Bersedia Untuk Kehilangan Suami”. Kena Tahu Nombor Pin Kewangan Dan Telefon. Kisah Benar Ini Ada Pengajarannya.

Share

Ajal maut ketentuan Ilahi. Siapalah kita untuk mengetahui bila tiba masanya. Bagi suami isteri setelah berumahtangga perlulah telus dari segala hal, bukannya hanya hal hubungan intim sahaja. Hal kewangan seperti nombor akaun, no pin dan pasword telefon dan sebagainya perlu diketahui oleh suami isteri.

Bukan mendoakan perkara yang tidak baik, tetapi perlu siap sedia supaya dapat membantu meringankan beban pasangan yang ditinggalkan.  Perkongsian  Wan Ammar melalui laman facebooknya begitu manfaat untuk dikongsi. Isteri arwah buntu untuk bertindak apabila tidak mengetahui  pin cod telefon dan no pin atm suami. Perkongsian seperti berikut.

Pahit untuk di telan..kisah rumahtangga

Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.

Hari ni wife pada exclient saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.

Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.

Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.

Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.

Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil insuran dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil  insuran yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil insuran arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.

Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap

“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”

Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…

“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”

Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Saya nak pesan kat korang

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.

4. Kalau ada buat insuran, bagitau ahli keluarga.

5. Kalau dah stop insuran, pun perlu bagitau ahli keluarga.

6. Ada masalah bayaran insuran, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?

Kredit: FB  Wan Ammar