Masakan Chinese memang digemari ramai pelbagai golongan bangsa termasuk yang beragama Islam.
Lantaran itu, banyak restorang muslim cina yang mendapat perhatian masyarakat melayu. Salah satu resipi yang menjadi hidangan adalah Paprika Cashewnuts Chicken.
Rupanya nak buatnya mudah aje. Jom ikuti resipi ni. Rasa aromanya memang menyelerakan seisi keluarga.
Bahan:
Ayam bahagian dada
Serbuk lada hitam
Garam
Cili kering 10 biji
Gajus
Bawang putih, Halia
Sos tiram dan masin,Sos tamato
1 susu minyak bijan
1 sudu paprika
1 sudu tepung jagung.
Cara penyediaan:
Ayam dipotong kecik2 diperap dgn garam dan serbuk lada putih dan digaul tepung. Goreng dan ketepikan
Cili kering 10 biji dipotong menyerong dan goreng dan ketepikan
Gajus digoreng dan ketepikan
Tumis bwg putih dan halia yg dipotong nipis kemudian masukkan sos tiram kicap manis dan masin, 1 sudu minyak bijan, sos tomato dan 1 sudu serbuk paprika. Kacau sehingga mendidih. Masukkan 1 sudu tepung jagung yg dibancuh dgn air dan kacau sehingga pekat. Masukkan ayam, cili kering dan gajus serta bawang besar yg dipotong empat. Gaul rata kemudian angkat. Siap
Selamat mencuba!
Sumber: Binti Ismail via MAHN