“Papa Will See You Soon!”- Tengku Zafrul Kuarantin Kendiri, Sebak Dapat Surat Anak Luah Rindu.

Share

Tidak dinafikan peningkatan mendadak kes Covid-19 kebelakangan pasti merisaukan rakyat Malaysia. Malah, setiap hari boleh dikatakan mencecah angka antara 2000 ke 3,000 kes sehari. Lebih merisaukan jika tidak dibendung kebarangkalian boleh melangkau melebihi 5,000 kes sehari.

Lantaran itu, pada 11 Jan 2021, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Serta PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.

Menyedari akan hal ini, sudah pasti kita akan mematuhi SOP dalam norma baharu, bagi memastikan menjaga keselamatn diri termasuk keluarga tersayang daripada virus ini. Namun, siapa kita untuk menghalang daripada jangkitan virus ini yang merupakan musuh halimunan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Begitulah yang dialami oleh Menteri Kewangan Malaysia kesayangan ramai, Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz , 47 tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya beliau memaklumkan perlu melakukan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) ekoran merupakan kontak rapat individu yang positif Covid-19. Selaras dengan peraturan kesihatan, beliau menjalani kuarantin kendiri sehingga 19 Januari ini.

Juga menarik perhatian apabila memuat naik sepucuk surat coretan anak perempuan yang  berusia tujuh tahun. Kata-kata rindu seorang anak yang tidak dapat memeluk ayahnya dalam tempoh kuarantin.

Hari ini, saya mendapat sepucuk surat dari anak perempuan saya, Zahira, yang berumur 7 tahun. Walaupun di rumah, saya tidak boleh bersama keluarga atas faktor kesihatan.

Ingin saya maklumkan bahawa saya merupakan kontak rapat kepada seorang individu yang positif COVID-19.⠀

Saya telah melakukan ujian saringan COVID-19 semalam dan Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya juga telah memulakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) and will be working from Home (WFH) sejak beberapa hari lalu sehingga 19 Januari.

Buat yang diluar sana, mohon doakan kesihatan dan keselamatan kita semua. Stay safe and stay strong. Let’s flatten the COVID-19 curve together!

Papa misses you, too, Zahira! InsyaAllah, Papa will see you soon!

P/S. Buat yang keliru dengan isi surat Zahira, ini kandungannya,

“Papa this is from me. I want to give you this picture because I love you and I miss you so, so, so, so, so, so, so much, more than infinity.

 

Begitulah corentan yang ditulis sendiri oleh anak perempuannya itu. Tengku Zafrul Abdul Aziz dan pasangannya Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad dikurniakan empat orang anak iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel).

Menjenguk ruangan komen, rata warganet mendoakan kesihatan menteri ini dan keluarganya. Ada juga memuji anak perempuannya seorang yang pandai.

“Allahuakbar. Moga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan ya

“Semoga tiada apa2 yg memudaratkan InsyaAllah

“Semoga tengku sihat selalu , menteri kewangan paling hensem dalam sejarah

“She’s so sweet, she must be missing her papa very much. Hang in there Papa Zahira. May Allah SWT keep you safe and all your family safe, aamiin

“Shes so clever. Get well soon sir. And keep strong,” antara komen warganet.

Sumber: tzafrul_aziz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club