Tekanan darah tinggi dikenali juga sebagai penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Apatah lagi kebiasaannya penyakit ini tidak menunjukkan gejala yang jelas.
Atas sebab ini juga, satu-satunya cara untuk kita mengetahui dan memantau kesihatan sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah dengan menggunakan alatan yang khusus sama ada dilakukan oleh pegawai kesihatan di klinik atau pengidap sendiri boleh menggunakan alat pemantau tekanan darah di rumah.
Mengukur dan mengetahui cara penggunaan alatan tersebut dan bagaimana membaca bacaan tekanan darah yang tepat adalah penting untuk diagnosis yang betul.
Atas sebab ini juga Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi info bagaimana menggunakan ‘Digital Sphygmomanometer’. Menurutnya, bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, Dr. mencadangkan agar beli “digital sphygmomanometer” agar dapat memantau sendiri tekanan darah di rumah.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
1.Elakkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.
2.Duduk diam dan rehat dengan bersandar di kerusi dan kaki tidak bersilang selama 5 minit sebelum mengambil bacaan tekanan darah.
3.Letakkan lengan di atas meja, sama paras dengan jantung.
4.Balut pembalut alat pembaca (cuff) pada lengan tanpa sebarang lapik baju.
5.Jangan bercakap ketika pemeriksaan.
6.Selepas mengambil bacaan pertama, ambil bacaan kedua tanpa membuka pembalut alat pembaca. Ambil bacaan kedua. Jika kedua-dua bacaan tidak jauh bezanya, ambil purata keduanya. Jika bacaan kedua terlalu jauh bezanya, ambil bacaan ketiga. Kira bacaan purata dari dua bacaan yang tidak jauh bezanya.
7.Simpan rekod bacaan setiap hari.
8.Lakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club