Pantau Berat Badan Anak Untuk Kekal Sihat, Dr Ni Bagi Teknik Paling Mudah Nak Kira BMI!

Share

Masalah berat badan anak-anak sering dikaitkan dengan pengambilan makanan harian yang banyak, mengamalkan gaya hidup pasif atau disebabkan keturunan.

Pastinya sebagai ibu ayah, tentu kita tidak mahu anak mendapat penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya di usia muda disebabkan berpunca daripada faktor berat badan.

Lantaran itu bagi memastikan anak-anak kekal sihat, ibu ayah perlu memainkan peranan untuk mengawal dan tahu cara memantau Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal untuk anak-anak mengikut usia mereka.

Berkongsi info berkenaan cara mudah untuk ibu ayah membuat pemantauan BMI anak-anak, Dr Kamarul Ariffin ada formulanya.

Ini perkongsiannya.

Hari ni para cikgu kongsikan satu surat pekeliling arahan membuat pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) untuk murid 5-9 tahun apabila sekolah bermula minggu depan.

Saya (sebagai doktor) rasa, elok ibubapa juga ambil peranan untuk periksa dan pantau BMI anak masing-masing. Ukuran BMI adalah salah satu cara untuk mengetahui sama ada berat badan anak-anak adalah normal atau tidak.

Seperti yang kita tahu, berat badan yang kurang atau berlebihan boleh menjadi tanda masalah kesihatan. Oleh itu, pemantauan BMI boleh ibubapa adalah salah satu cara untuk pantau kesihatan anak-anak.

Berat badan sahaja tidak boleh digunakan untuk menentukan normal atau tidak, kerana berat badan juga dipengaruhi oleh ketinggian. Oleh itu, rumus(formula) BMI mengambil kira ketinggian.

Bagi mengira BMI kita perlukan:

  1. Ketinggian (dalam unit meter)
  2. Berat badan (dalam unit kilogram)

Formulanya:

BMI = Berat / (Ketinggian)²

 

Bagi mengetahui sama ada BMI anak anda normal atau tidak, ia perlu dibandingkan dengan carta pertumbuhan kanak mengikut jantina dan umur. Carta dikepilkan di bawah.

Caranya:

  1. Pilih carta mengikut jantina anak
  2. Plotkan titik pertemuan BMI anak dan umurnya
  3. Lihat titik pertemuan itu di zon berwarna apa

putih = normal

kuning = berat berlebihan

hijau = obesiti

merah = kurang berat

Tak faham? Jangan risau. Sekarang ada kalkulator dan pembanding BMI. Pergi sahaja ke link saya beri di bawah ni, pilih metrik(metric), masukan umur, jantina, tinggi dan berat. Tekan butang “calculate”

bit.ly/Periksa_BMI_Anak_Anda

Anak-anak yang mempunyai berat badan tidak normal perlu diberi perhatian. Selain menjalankan program diet seimbang dan aktiviti fizikal, mereka digalakkan disaring oleh petugas kesihatan.

Kanak-kanak yang mempunyai lebihan berat badan berisiko menghidap penyakit seperti kencing manis, serangan asma, darah tinggi, masalah sendi, sindrom metabolik, masalah haid, dll.

Manakala kanak-kanak yang mempunyai berat yang kurang berisko mempunyai penyakit seperti sindrom metabolik, masalah haid, anemia(kurang darah merah), masalah tulang, dll.

Photo by Atoms on Unsplash

Masalah-masalah kesihatan ini dapat dikurangkan jika pemantauan dan usaha pengawalan berat badan dibuat secara berterusan oleh ibubapa, dan dibantu oleh para cikgu.

Saya tekankan sekali lagi, ia tanggungjawab ibubapa untuk pantau dan kawal BMI melalui diet dan aktiviti mereka. Para cikgu dan petugas kesihatan hanya boleh bantu sahaja.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club