Pantas & Mudah Urus Kain Baju menimbun, Jimat Masa & Tenaga,10 Minit Dah Siap. Ibu Anak Ramai Sesuai Praktis!

Share

Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.

Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Puan Syikin Zahir.

TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK
===================================
So seperti yg cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.


Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat2, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
Jom tengok nak kasi setel macam mana.
Baca caption di gambar
*jemput share sekira nya tips ni membantu mak2 bz yang lain

 

Langkah 1
==========
Sediakan bakul untuk setiap anak
Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki

Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.

Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yg diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon.

Kenapa?

✔Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.

✔Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.

✔Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.

✔MOTIVASI
YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat��� maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!

Mak2 ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan..

Last, cara kita susun baju dalam almari anak.
Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.

Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat.. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah

Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam. Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.. Kan.. Kan. So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala menda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour, shaklee 24jam

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club