Lain orang lain cara didik anak.. Pernah tak berhadapan situasi anak cranky apabila berjalan-jalan di pusat beli belah? Lebih-lebih lagi apabila mahukan sesuatu?

Haaa yang mana nak kurangkan anak cranky mengamuk nak itu ini, boleh cuba cara yang diamalkan oleh seorang pengguna akaun Facebook Mai Izyani berkongsi tip menarik untuk mendidik anak-anak dari meminta-meminta dan berdisiplin apabila berkunjung di sebuah kedai.

Nak tahu macam mana caranya? Boleh baca kisah yang dikongsi di bawah ini.

Pantang Masuk Pusat Beli Belah, Anak Mengamuk Nak Itu Ini. Cara Ibu Ajar Dua Barang Sahaja Raih Perhatian!

Ajar anak disiplin hanya pilih dua barang sahaja

“Hanya dua barang….”

Ads

Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.

Ajar anak guna duit

Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye, pinggit, comel sangat.

Ads

Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima ringgit pun dia letak ‘satu pinggit.’

Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.

Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.

Ads

Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.

Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.

Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi.

Sumber: Mai Izyani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI