Pantang Makan Daging, Tapi Teringin. Saintis Ni Kongsi Cara Perlu Buat Untuk Kurangkan Risiko!

Share

Ada orang risau betul bila dijamu daging kepadanya, bukan sebab tak boleh makan tapi bimbang kalau terlalu banyak makan daging boleh menyebabkan kolesterol naik, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. Maklumlah, macam-macam resipi enak berasaskan daging disediakan sepanjang Ramadan ini.

Daging bila dimasak sama ada dibuat sup, dibakar, digoreng, digulai dan sebagainya. Semuannya memang nampak cukup menyelerakan!

Berdasarkan perkongsian saintis Dr Suri Roowi berkenaan Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Rupanya ada tips dan cara untuk pesakit gout menikmati daging dengan selamat. Begitu juga buat pengidap asma dan animea, ada juga disentuh tentang pemakanan daging buat mereka.

Nak lagi detail,jom baca perkongsian ini.

Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Bulan puasa ini rasanya ramai antara kita lebih selera memakan daging berbanding ikan. Disertakan di sini info tentang daging dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.

1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma

2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil-kecil, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.Ini akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah.

Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.

3. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya β-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.

4. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging

Sumber: Dr Suri Roowi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club